Assalamualaikum..
Sejak akhir-akhir ni ramai yang bertanyakan saya tentang masalah angin dan macam mana nak mengelakknya. Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin bukanlah satu masalah kesihatan yang luar biasa. Gejala yang dialami oleh seseorang individu dengan individu lain mungkin sama tapi punca sebenar masalah angin tu terjadi mungkin berbeza.
Macam saya sendiri yang dah lama mempunyai masalah angin ni, kadang-kadang tu rasa macam nak pecah kepala sebab angin. Semua pun jadi sebab saya tak jaga pemakanan dan kesihatan. Bukanlah mengabaikan kesihatan tapi saya selalu skip makan especially breakfast pastu tidur pun lambat. Masa zaman study dulu kan stress skit..banyak perkara nak kena buat..hihi..bukan la nak kata sekarang ni tak stress, pointnya kat sini..kalau saya stress lebih, tak jaga makan dan tidur lewat tapi kena bangun awal pergi keja pulak keesokkan harinya..haaa...masa ni la angin naik satu badan..:)
Basically, masalah angin pada kebanyakan individu berpunca daripada udara yang ditelan. Apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan ataupun stress, beliau akan lebih kerap menelan udara tanpa disedari.
Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria dalam usus besar terhadap makanan yang tidak dihadam. Gas yang dihasilkan biasanya karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya gas methana.
Makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kekacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahab termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. Kanji kebanyakannya terdapat dalam kentang, jagung dan gandum dimana makanan ini dihancurkan dalam usus besar. Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
Bagaimana mencegah dan mengurangkan angin?
Banyak cara boleh mencegah dan mengurangkan masalah angin ni. Bergantung jugak pada individu dan setiap individu perlu tahu punca serangan angin barulah langkah pencegahan yang sesuai boleh diambil dan berkesan.
1. Menukar jenis makanan.
Seseorang penghidap perlu menukar jenis pemakanan seharian jika didapati beliau alah atau sensitif terhadap makanan yang boleh merangsang penghasilan angin dalam badan. Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Mereka perlulah memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin berdasarkan pengalaman yang dilalui. Sekiranya makanan tersebut dapat dikenalpasti, seelok-eloknya hindari makanan tersebut.
2. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan gula-gula getah dan gula-gula. Semasa makan, perlulah menguyah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan banyak bercakap masa makan. Bagi pemakai gigi palsu, nasihat saya agar anda dapatkan nasihat doktor gigi untuk memastikan gigi palsu anda sesuai dipakai. Bagi yang tak ada gigi langsung (edentulus), elok la dapatkan gigi palsu untuk membantu proses penghancuran dan penghadaman makanan dengan lebih baik.
3. Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal boleh didapati dengan mudah di farmasi, boleh membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat disamping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.
4. Elakkan tekanan ataupun stress
Bagi individu yang banyak berdepan dengan tekanan, belajarlah cara untuk menangani dan mengawal tekanan dengan baik. Lebih banyak tekanan yang kita hadapi lebih banyak masalah kesihatan yang bakal mengundang kelak. Bukan setakat masalah angin dan gastritis, tekanan dikatakan punca pelbagai jenis penyakit lain seperti sakit jantung, darah tinggi dan juga kanser.
5. Rehat secukupnya
Dapatkan rehat yang secukupnya terutama bila usia dah makin meningkat. Tidurlah sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari terutami bagi orang pempuan ni. Berdasarkan kajian, kaum wanita memerlukan tidur dan rehat yang lebih panjang berbanding lelaki untuk kesihatan yang lebih baik.
6. Jangan makan bersulamkan air
Seelok-eloknya, elakkan minum air semasa sedang makan. Nabi sendiri melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
6. Jangan makan bersulamkan air
Seelok-eloknya, elakkan minum air semasa sedang makan. Nabi sendiri melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
7. Makan Pappermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus daripada Shaklee
mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan setanding dengan vitamin-vitamin
Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan
ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:
- Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
- Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
- Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
- Mereka yang sering mengalami kembung perut
- Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik. Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Peppermint Ginger mengandungi 4 herba terpilih dari Barat dan Timur iaitu pudina (peppermint), halia, pokok adas (fennal) dan cekur manis (anise). Kesemua herba ini mempunyai kelebihan dan kebaikan untuk melega serta memulihkan masalah angin, gastritis dan masalah sistem pencernaan.
So, bagi individu yang ada masalah angin ataupun masalah penghadaman, apa kata try tips-tips diatas..mana tau kalau ada yang sesuai, sebab so far apa yang saya amalkan, saya kongsi dengan anda...Nak dapatkan produk, konsultasi dan nasihat percuma?
Hubungi saya,
Intan Shariza
SMS/Whatsapp
: 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
No comments:
Post a Comment