Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

6 Jenis Makanan Baik Untuk Kecerdasan Otak

Assalamualaikum semua..

Jutaan maaf sebab lama tak update blog..Sejak kena transfer ke tempat yang lebih besar, masa sangat mencemburui saya..Sibuk sungguh sampai kadang-kadang anak-anak pun tak dapat nak diberi sepenuh perhatian..huhu..maafkan MAMA ye anak-anak..:(

Tapi, walau sesibuk manapun..saya akan cuba pastikan anak-anak sentiasa mendapat pemakanan yang terbaik..especially breakfast diorang..setiap hari saya akan pastikan anak-anak bersarapan dulu sebelum ke sekolah..

So, ibu-ibu kat luar sana pastikan anak-anak kita dapat breakfast dulu sebab mereka perlukan tenaga untuk memulakan hari yang panjang..


Alhamdulillah..baru-baru ni kedua-dua permata hati saya telah menerima hadiah atas kejayaan mereka dalam pembelajaran sepanjang tahun..walaupun saya tak de sepanjang mereka amik exam masa bulan 10 baru-baru ni tapi mereka dapat buktikan yang terbaik..hadiah yang sangat bermakna buat saya..syukur Ya Allah...:)

Ibu dengan ayah sanggup datang dari Seremban semata-mata nak pastikan cucu mereka ni dapat breakfast yang secukupnya supaya boleh buat exam dengan baik...terima kasih banyak Ibu dan Ayah..semoga Allah memberikan syurga terbaik buat kedua-duanya..Amin...

So hari ni saya nak kongsi sikit 6 jenis makanan yang baik untuk kecerdasan otak..so boleh la jugak kalau bagi kat anak-anak..

1. Walnut
Sangat baik untuk meningkatkan fungsi otak kerana mengandungi Omega-3 yang tinggi. Selain itu, Omega-3 dan kandungan zat anti-oksidan yang terdapat di dalammya dapat membantu mengurangkan keradangan otak serta mengurangkan risiko penyaki demensia dan alzheimer

2. Kafein
Untuk jangka pendek, kafein dipercayai dapat meningkatkan kemampuan dan konsentrasi otak. Kandungan kafein pada teh atau kopi dapat meningkatkan kemampuan kognitif seseorang dengan cepat. Namun, adalah dinasihatkan untuk mengambil kafein pada kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan kerana kandungan kafein yang terlalu tinggi tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

3. Buah berri
Buah berri seperti strawberi, blueberry dan rasberry sangat kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan stres seseorang. Buah berri dipercayai mampu mencegah penyaki Alzheimer. Beberapa kajian menunjukkan bahawa buah blueberry dapat meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif pada otak. Selain itu, blueberry juga membantu melambatkan proses penuaan.

4. Bayam
Bayam dan sayuran hijau lain dapat melambatkan fungsi kognitif akibat penuaan. Ini kerana kangungan folat yang tinggi dalam bayam. Kajian menunjukkan orang yang mengambil banyak sayuran umumnya mempunyai kemampuan otak yang lebih baik.

5. Ikan
Ikan terutamanya ikan salmon merupakan salah satu makanan terbaik yang mengandungi Omega-3 yang sangat penting bagi fungsi otak. Omega-3 juga bersifat anti-keradangan atau dapat mencegah keradangan (inflamasi). Omega-3 juga diketahui dapat memperlambatkan penurunan kognisi yang disebabkan oleh penuaan dan mencegah dimensia.

6. Wortel
Mempunyai kandungan luteolin yang bermanfaat dalam mengurangkan keradangan pada otak. Saintis berpendapat bahawa dengan pengurangan keradangan, luteolin dapat membantu mengurangi risiko penurunan memori akibat penuaan. Luteolin juga terkandung dalam daun saderi dan paprika.

Kalau tak dapat makan semua pun at least makan le yang mudah tu macam ikan dan sayuran..tak pun nak lebih mudah, kadang-kadang kita tak dapat nak bekalkan semua nutrient especially Omega-3 untuk anak-anak..so saya pilih Omega Guard Shaklee untuk anak-anak saya...terbaikkk...!! 

Sharing is caring..pilihlah pemakanan terbaik untuk anak anda..:)

Salam sayang..

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u


Tuesday, 20 May 2014

Cara memilih minyak ikan yang baik, berkualiti dan selamat

Bagaimana anda memilih minyak ikan yang terbaik? Adakah berdasarkan populariti? harga? ataupun beli je asal ada? hihi.. tahukah anda bagaimana nak pilih minyak ikan terbaik? 

Entri kali ni saya share sikit info 3 cara untuk memilih minyak ikan yang baik dan berkualiti :)

1. Menyiasat proses pembuatan ~ Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan?  
Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Shaklee menggunakan teknologi terkini "ultrapure pharmaceutical grade" iaitu proses penyulingan 3 molekul dan tekanan rendah proses penyulingan bagi mengekstrak minyak ikan Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Semasa proses ini semua bahan-bahan tercemar termasuk plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCDs dikeluarkan.

2. Bau ~ Adakah minyak ikan bau hanyir? 
Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.

3. Rasa ~ Adakah minyak ikan rasa hanyir? 
Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Minyak ikan Omega-3 dari OmegaGuard Shaklee tidak ada bau atau rasa hanyir. Malahan jika anda mencium kapsulnya memang takde apa-apa bau pun :-)

So, tau dah camne nak pilih minyak ikan yang baik, berkualiti dan selamat? JAdilah pengguna yang bijak..PILIHAN ditangan anda :)

Nak dapatkan OmegaGuard Shaklee? 

Hubungi saya,

Intan Shariza
 
PM Admin Intan Shariza di Facebook 
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u

Sunday, 11 May 2014

Rahsia Omega, ESP & kolagen Shaklee...Anak 2 orang tapi perut tak buncit, stretchmark dan selulit tak de..

"Minggu lepas pergi berurut..mbak yang urut badan saya puji..anak dah dua tapi perut tak buncit, stretchmark dan selulit pun kurang..." Puan Wardah

              ------------------------------------------------------------------------------------------------
Syok betulkan bila ada orang puji kita...camtu la yang Puan wardah rasa..nak tau apa rahsia perut Puan Wardah tak buncit dan tak de stretchmark?

Jom baca testimoni Puan Wardah :)
Wow..Rupa-rupanya Omega Guard rahsia perut Puan Wardah tak buncit walaupun dah ada anak dua..

Omega Guard mempunyai Asid Lemak Omega 3 bertindak membakar lemak dan menstabilkan paras gula dalam darah. Selain itu, pengambilan asid lemak Omega 3 akan meninggikan paras leptin yang mana akan membuatkan selera makan berkurangan.

ESP dan kolagen pulak membantu pembentukan dan pemuliharaan sel-sel baru serta mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Sebab tu la stretchmark dan selulit makin kurang :)

So, anda kat luar sana nak cantik dan slim macam Puan Wardah? Jom try Omega Guard, ESP dan kolagen Shaklee sekarang..selain dapat kuruskan badan, kolesterol darah pun kurang, kulit cantik dan awet muda..malah badan jadi lebih sihat dan bertenaga.

Nak dapatkan produk Shaklee?
Hubungi saya,
Intan Shariza

PM Admin Intan Shariza di Facebook 
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u


Saturday, 10 May 2014

Bagaimana Omega Guard Shaklee Membakar Lemak?

Rahsianya ada pada fatty acid iaitu asid lemaknya.
Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin".
Leptin adalah hormon yang bantu mengawal selera makan.

Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.Leptin ini juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita untuk kurangkan berat.

Sekarang anda dah nampak bukan?
Bukan semua LEMAK itu tidak bagus.
Inilah contoh lemak yang bagus iaitu ASID LEMAK OMEGA 3.

"A study published in the International Journal of Obesity showed that supplementing the diet with omega 3 fish oil increases the number of fat calories burned per day by up to 26%"

Sumber dari: Energyfirst


Bagaimana Asid Lemak Omega 3 bertindak?

1) Ia mengawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah.
2) Dalam satu kajian di Australia, menunjukkan mereka yang bersenam dan mengamalkan omega 3 lebih banyak membakar lemak daripada mereka yang bersenam tanpa mengambil asid lemak omega 3.
3) Pengambilan asid lemak Omega 3 akan meninggikan paras leptin yang mana akan membuatkan selera makan berkurangan.

Nak dapatkan Omega Guard Shaklee?

Hubungi saya

Intan Shariza
 
PM Admin Intan Shariza di Facebook 
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u

Friday, 9 May 2014

Kanak-kanak 19 bulan aktif walaupun kena asma ; MEAL SHAKES : Alternatif melegakan penyakit asma kanak-kanak

"Alhamdulillah...berpuas hati dan bersyukur ditemukan dengan Meal Shakes..anak jarang demam, selsema dan sakit..kalau kena asma, dia still aktif.." Puan Siti Noriza

     ----------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti Puan Siti, saya pun bersyukur sebab dah jumpa makanan tambahan terbaik untuk anak-anak saya..MEAL SHAKES mempunyai rasa vanila yang sedap..rasa macam ais krim bak kata Ilham  :)

MEAL SHAKES bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak berumur seawal satu tahun, malah sangat sesuai untuk seisi keluarga.

MEAL SHAKES diperkaya dengan 24 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak, memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak.

TESTIMONI PUAN SITI NORIZA

~ Kedua-dua orang anak Puan Siti ada penyakit asma, dan Puan Siti mencuba Meal       Shakes sebagai alternatif kerana anak-anaknya payah nak makan ubat.
~ Seminggu pertama amik Meal Shakes, anak Puan Siti batuk dan muntah-muntah, tetapi beliau teruskan dan bertambah baik masa minggu ketiga.
~  Sekarang, anak Puan Siti jarang demam, selsema dan sakit, kalau kena asma, anak Puan Siti masih aktif. Tak payah pegi 'neb' kat hospital :)
~  Selera makan makin bertambah
~  Anak sangat cerdik dan matang bercakap

Anak merupakan amanah dan anugerah Allah yang tak ternilai..apa salahnya berikan makanan tambahan yang terbaik untuk anak anda :)

Nak dapatkan set kanak-kanak bajet dan konsultasi percuma?

Hubungi saya

Intan Shariza

PM Admin Intan Shariza di Facebook 
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u

·       

Sunday, 4 May 2014

OMEGAGUARD SHAKLEE : Minyak Ikan Terbaik di Dunia

TAHUKAH ANDA?

Shaklee merupakan pengeluar supplement minyak ikan yang diakui terbaik di dunia. 

Jom kenali OMEGAGUARD SHAKLEE..
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi.  
Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Ultratulen & Bergred Farmaseutikal   
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Siapa yang perlukan OmegaGuard ?

(1) Wanita dan kecantikan
- Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon hormon PMS wanita
- Mengurangkan 'skin breakout' semasa datang bulan (jerawat menanah)

(2) Ibu hamil
- Membantu perkembangan dan tumbesaran otak janin
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan

(3) Ibu menyusu
-Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(4) Kanak-kanak- Membantu perkembangan otak
- Bagus untuk kanak-kanak yang mengidap asthma (omega-3 mencairkan kahak, jadi secara tak langsung melancarkan pernafasan)

(5) Masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan; kurang makan dan sentiasa kenyang

(6) Untuk lelaki
- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolestrol yang sihat

(7) Warga emas
- Melambatkan degradasi tulang rawan
- Mengurangkan keradangan sendi 
- Baik untuk pesakit gout

 (8) Masalah kesihatan
- Mencairkan kahak
- Sakit-sakit sendi
- Mengawal paras kolesterol 
- Mengurangkan risiko serangan stroke
- Menjaga kesihatan jantung

(9) Masalah lain
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism 
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperaktif
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Perbezaan OmegaGuard Shaklee

1. Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA.

2. Shaklee OmegaGuard diesktrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain. Maka Shaklee OmegaGuard adalah minyak ikan paling tulen.

3. Tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik.

Nak tahu lebih lanjut tentang OMEGAGUARD dan cara mendapatkannya..??

Hubungi saya
 
Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u

Thursday, 27 March 2014

Kenali penyakit Gout - punca, cara mengatasi dan rawatan


Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi tentang penyakit gout. Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang menhidapi penyakit gout ni? Pernahkah anda tengok dan rasai penderitaan pesakit gout ni? Bagi sesiapa yang tak tahu dan tak pernah dengar tentang penyakit gout ni..jom baca info kat bawah yang saya kongsi daripada Dr. Anwar Arshad, Pakar Sendi, Urat dan Sakit Kronik.
 
Apakah Penyakit Gout?
Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) dipersekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.
Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout.
Rawatannya termasuklah:
  1. Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  2. Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
  3. Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
  • Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
  • Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.

Cara Mengatasi Gout
Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan.
  1. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
  2. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
  4. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
  5. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  6. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
  7. Hadkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi seperti hati, daging, ikan sardin, kekacang, udang dan banyak lagi. 
Adakah Shaklee mempunyai supplemen untuk penyakit Gout?
Ya..Shaklee mempunyai supplemen khas untuk membantu pesakit Gout mengurangkan risiko serangan dan tahap keparahan penyakit tersebut. Perlu diketahui bahawa penyakit Gout sukar diubati. Rawatan dan ubatan yang diberi hanyalah untuk mengurang dan melegakan kesakitan yang dialami. 

Oleh itu, individu yang menghidap penyakit Gout ini perlu berusaha untuk mengawal pemakanan dan gaya hidup supaya lebih sihat. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah sebelum sakit menjadi lebih teruk hingga menyebabkan komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang dan kematian.   

Berikut adalah supplemen Shaklee yang sesuai untuk penyakit Gout :

1. Alfafa Complex - Bertindak sebagai detox semulajadi untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Pengambilan Alfafa ini perlulah disertai dengan pengambilan air yang banyak untuk proses detoksifikasi yang berkesan.

2. Performance Drink - Berfungsi untuk memelihara kandungan yang mencukupi bendalir dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi. Adalah sangat penting bagi pesakit Gout untuk mempunyai bekalan air yang mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik.

3. Omega Guard - Berfungsi untuk mengelakkan dan melegakan keradangan sendi.

Nak dapatkan produk, konsultasi dan nasihat percuma?

Hubungi saya,

Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...