Showing posts with label Kecantikan kulit. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan kulit. Show all posts

Friday, 21 February 2014

Kulit cantik dan licin, parut cepat pudar dengan Vitamin E dan Vitamin C Shaklee


Assalamualaikum

Sejak mengamalkan pengambilan Vitamin C dan Vitamin E secara konsisten sejak 6 bulan dulu, apa yang saya perasan kat muka saya kalau parut jerawat tu cepat je hilangnye..Alhamdulillah..semua pun dengan izin Allah..:)

So kat sini saya nak share skit khasiat Vitamin C dan Vitamin E Shaklee ni..


KHASIAT VITAMIN E SHAKLEE

1. Sangat terkenal sebagai agen antioksida yang baik. Fungsi antioksida menghalang kehadiran radikal bebas dalam tubuh badan kita. Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel badan yang boleh menyebabkan punca pelbagai penyakit seperti kanser.

2. Pengambilan Vitamin E yang lengkap dengan Selenium menghasilkan kesan pengambilan yang optimum. Jika tanpa selenium, Vitamin E boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana tidak dapat berfungsi dengan baik.

3. Vitamin E sangat sinonim dengan gelaran Vitamin Awet Muda keran peranannya melambatkan proses penuaan. Sifat antioksidanya menghalang kehadiran radikal bebas yang merosakkan sel dan boleh menyebabkan seseorang itu nampak lebih tua berbanding usianya. Vitamin E juga membantu fungsi pembiakan DNA dan memberi perlindungan kepada sel-sel badan supaya organ-organ seperti kulit, jantung, otot dan sel darah merah berkeadaan sihat.

4. Vitamin E dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Oleh itu, Vitamin E sangat sesuai bagi ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah 'nipple-crack' atau puting melecet. Mengambil Vitamin E secara konsisten dapat mencerahkan bahagian puting yang gelap sebab kehamilan dan juga dapat mengurangkan kesan regangan kulit ataupun 'stretch-mark'.

5. Vitamin E boleh menghilangkan parut dan jeragat serta membantu kulit tampak cantik berseri. Sebab itulah Vitamin E digelar vitamin kecantikan. Jika diambil bersama Vitamin C pula, kesan 'sunburn' dapat dihalang.

6. Vitamin E dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan, kegatalan serta kulit merekah.

7. Vitamin E juga dapat membantu ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah kedinginan seks atau 'low sexual drive' akibat kehadiran hormon prolaktin yang tinggi. Selain itu, Vitamin E dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat. Sebab itulah Vitamin E turut dikenali sebagai vitamin cinta.

8. Bagi mereka yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, Vitamin E dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat PMS.

9. Pengambilan 100iu Vitamin E sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Pengambilan sekurang-kurangnya 400iu sehari pula dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Vitamin E Shaklee mengandungi 400iu dalam satu kapsul.

KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE

1. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

2. Vitamin C memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan penyakit gusi berdarah, lebam di kulit, kecederaan yang lambat sembuh, kulit kering, ruam dan kasar.

3. Peningkatan sistem imun. Vitamin C membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma dan juga mengurangkan simptom selsema.

4. Memerangi kanser. Vitamin C merupakan anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan kanser dan membuang kimia berbahaya dari tbuh dengan berkesan.

5. Mencantikkan kulit. Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama jeragat yang mencacatkan kulit.

6. Memperbaiki insomnia. Vitamin C memperbaiki insomnia, tekanan (stress) dan masalah mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan kolesterol sihat. Pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

TESTIMONI PENGGUNA

Seronok tengok ramai yang berjaya cantik dan sihat dengan Vitamin E dan vitamin C Shaklee ni. Kedua-dua vitamin ni pun adalah vitamin wajib saya setiap hari. Selain untuk kesihatan secara keseluruhan, bonus jugak dapat kulit yang cantik dan tak berparut..:) 

Anda berminat..? Istimewa daripada saya tips penjagaan kulit dan nasihat kesihatan..:)

Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : drintanperlis@gmail.com

Monday, 17 February 2014

Energizing Soy Protein Shaklee : Khasiat dan Faedah

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi lagi tentang kebaikan dan khasiat ESP. Jom baca..:)
Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Ianya dibuat daripada protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. 

Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah daripada 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai 'energy booster' atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya, bak bateri Energizer.

Dalam Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee terdapat 22 jenis asid amino dan ESP juga adalah produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda.

Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 kali ganda daripada daging, 4 kali lebih daripada telur dan 12 kali lebih daripada susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan. Ia juga adalah makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.

Berikut adalah khasiat dan faedah ESP yang terpenting:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50 000 jenis protein, 20000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.

Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif dengan ESP. Kesan positif seperti susu badan bertambah, alahan semakin berkurang juga dirasai oleh penggemar ESP. Jika teragak-agak mahu mulakan rutin pengambilan makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya.
 
Banyak testimoni mereka yang berpuas hati dengan ESP ni. Jom baca..:) 




Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan badan yang berpanjangan. Bukankah 'prevention is better than cure'.  

Nak dapatkan ESP pada harga istimewa?

Hubungi saya,


Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951

Monday, 20 January 2014

Kekal bertenaga walaupun menyusukan baby..:)

"...pengambilan ESP & Alfafa boleh bantu generate susu & tenaga.. baby pun susah nak dapat jangkitan even hantar kat taska. (Alhamdulillah setakat ni sara tak berjangkit selsema from kawan2 lagi) huhu.. this is my own testimoni.." Pn. Khairul

              --------------------------------------------------------------------------
Salam semua..
Ada orang tanya saya..macam mana saya boleh kekal bertenaga sampai malam..hihi..  jawapan saya mudah je..saya minum ESP dan ambik supplemen secara berterusan..:) 

Hari ni saya nak share lagi testimoni kebaikan ESP dan Alfafa untuk ibu2 menyusukan especially dan untuk ibu2 bekerjaya yang sibuk macam saya..mula2 saya nak share pengalaman saya sendiri..pastu adik saya pulak ek..:)

Saya bukan macam kebanyakan orang lain yang start makan Shaklee sebab mengandung dan nak menyusukan anak..jauh sekali la nak kuruskan badan..hihi..daya ni beza skit..sebab dah 8 tahun stop mengandung selepas anak bongsu saya Ilham yang dah darjah 2 pun tahun ni..

Monday, 11 November 2013

Vitamin E - Vitamin cinta

Mesti anda tertanya2.. kenapa vitamin E dipanggil vitamin cinta...mmm..Vitamin E ni menarik sangat... especially untuk bakal2 individu yang nak berkahwin atau untuk pasangan suami isteri.. Bagaimana vitamin E dikatakan membantu menghangatkan hubungan suami isteri?..Jom baca

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dalam menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurangnya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.
  

Pengambilan VITAMIN E berdos tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Keadaan  di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings” yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

Tahukah anda...disamping berikan pada suami tersayang.. wanita juga kena makan vitamin E ni.. Kenapa...? 

Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan.

Tapi ada banyak vitamin E di pasaran.. nak beli yg mana satu?

Ambillah vitamin E yang asli, try check labelnya pada botol - alpha-tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Apa lagi khasiat Vitamin E?

Jika anda konsisten dengan Vitamin E yang berkualiti. anda akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang....

Selain bagus untuk kulit ia juga boleh:

1. Membantu mengawal kolestrol
2. Merendahkan triglycerides
3. Sangat baik untuk saraf
4. Mengecilkan pori-pori pada wajah
5. Mengeratkan keintiman, jika diambil oeh suami isteri 
6. Membantu atasi kulit kering dan berkudis dan banyak lagi sebenarnya.. 

...dan tahukan anda ia dpt mencerahkan warna kawasan sekitar aerola..:)
                  _____________________________________________________________

Vitamin E berkualiti pilihan saya adalah Vitamin E dari jenama Shaklee. Kenapa?
Kerana Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu. Ianya vitamin asli dan beserta unsur selenium*.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Saya sendiri ambik Vitamin E Shaklee ni setiap hari..tak susah pun..cuma sebiji setiap malam selepas makan..Sangat berbaloi..Satu botol tahan 4 bulan...fuh..jenuh tunggu nak abih sebab tak sabar nak bukak botol baru plak...hihihi...


Kesannye memang marvellous!!! yang paling ketara..parut jerawat cepat pudar..kulit pun tak la kering sangat...

So..apa tunggu lagi..??nak dapatkan kulit yang cantik dan tak tua sebelum usia..???
 
Hubungi saya..

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951



Thursday, 5 September 2013

Kenali Energizing Soy Protien (ESP)



1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
 
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. Lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga.

Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
Jom try ESP..belum cuba..belum tau..:)

Nak tau lebih lanjut tentang ESP..??Nak dapatkan harga ahli..??

Hubungi saya ..

Dr. Intan
SID 953464
sms/whatsapp : 013-3975951
email : drintanperlis@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...