Showing posts with label Testimoni Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Vita-Lea. Show all posts

Friday, 14 February 2014

Kenapa Ibu Menyusu pun Perlu Ambil Multivitamin VITA-LEA dan bukan hanya ALFALFA sahaja??

"Saya breasfeed Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan B complex supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan..." Pn. Norita

              --------------------------------------------------------------------------------------- 
Salam semua..:)
Semua sedia maklum, salah satu khasiat Alfafa Complex dalam Set 3M ialah sebagai Milk Booster. So kebanyakan ibu menyusu gemar mengambil Set Bajet Menyusu dengan harapan dapat menyusukan bayi mereka secara ekslusif.
Persolannya di sini..boleh tak kalau ibu menyusukan nak ambil Alfalfa sahaja?

Sebenarnya, persoalan
ini timbul kerana pemahaman yang tidak jelas kenapa perlu ambil sampai 6 vitamin untuk penyusuan padahal Milk Booster hanya Alfalfa sahaja.

Ok la..dimudahkan citer, ibarat sebuah kereta..kalau nak gerakkannya, cuma isi petrol atau diesel sahaja. Tak tukar minyak hitam, tak letak minyak pelincir, tak servis tayar, tak tukar minyak stering dan sebagainya la..dalam kata lain..tak servis la..kereta tu still boleh jalan, walaupun dengan tayar botak..still boleh jalan jugak. Tapi lama-lama nanti, agak-agaknya apa jadi kat kete tu ? Tentu la cepat rosak..atau pun jadi macam-macam masalah kan..


Walaupun dalam Set Penyusuan 3M, ada macam-macam vitamin, tapi untuk entri kali ni saya nak fokus lebih kepada Vita-Lea...kenapa..?? sebab Vita-Lea ni ialah multivitamin yang terbaik daripada Shaklee tau..:)

Ni rupanya Multivitamin Vita-Lea..ada 120 biji sebotol dan boleh tahan sampai 4 bulan. Memang jimat dan berbaloi-baloi.
Apa yang HEBAT SANGAT dengan VITA-LEA ni?

Vita-Lea? Iron Formula - Multivitamin & Multimineral yang HEBAT

1) Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.
 

2) Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
 

3) Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.
 

4) Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang.
 

5) Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh 7 KAJIAN KLINIKAL serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Apabila Vita-Lea diamalkan setiap hari, anda akan dapat :-

1) Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
2) Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
3) Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
4) Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
   

Perbezaan Vita-Lea (multivitamin) Shaklee dengan multivitamin lain di pasaran  

1) Kemajuan Saintifik
- Disokong oleh 7 KAJIAN KLINIKAL.

2) Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
- Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

3) Kualiti yang luar biasa
- Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.


Setiap 1 biji Vita-Lea mengandungi :-
 
1) Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.
 
2) Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
 
3) Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi.
 
4) Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot.
 
5) Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang.
 
6) Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.
 
7) Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak.
 
8) Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet.
 

Jom kita baca Testimoni Puan Norita tentang Vita-Lea

Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nanas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nanas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus dielakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nanas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi  beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.

Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan Vita-Lea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab   saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak. Saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
 

Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan Vita-Lea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan Vita-Lea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada.

Ditambah saya breasfeed Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan B complex supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susu ibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. 


Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif, berat tidak menjadi masalah. 

Walau bagaimanapun sebagai ibu, kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan Vita-Lea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puas hati la. Malah ramai ibu-ibu yang mengandung yang adalah masalah HB rendah, selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puas hati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling diminati ramai.
              ------------------------------------------------------------------------------------ 

Berminat untuk mendapatkan Vita-Lea atau pun mana-mana pembelian produk Shaklee?


Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951

Wednesday, 5 February 2014

Selesaikan masalah Hemoglobin (HB) rendah Ibu Hamil dengan Vita-Lea

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share skit tentang anemia ataupun kekurangan darah merah yang lebih dikenali sebagai Hemoglobin (Hb). Keadaan ini selalunya berlaku pada ibu mengandung.

Di negara kita ni memang sangat ramai ibu mengandung yang mempunyai masalah anemia....tetapi ramai yang tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hemoglobin yang baik semasa mengandung iaitu pada bacaan >11g/dl kebiasaannya. Oleh itu, buat ibu-ibu yang mengandung di luar sana, jom pupuk kesedaran dalam diri untuk berusaha menaikkan paras Hemoglobin anda.

Sebenarnya, kebanyakan ibu mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi. Zat besi ni merupakan salah satu komponen atau nutrien yang sangat penting untuk pembentukan Hemoglobin darah....dan kekurangan itu berpunca daripada DIET atau NUTRISI seharian yang diambil.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Hemoglobin penting untuk perkembangan bayi mengikut jangka masa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu pembentukan organ-organ  seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), dan jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat seperti tidak mempunyai kaki atau tangan yang sempurna. Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang cerdik.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika peringkat ini bayi  telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hemoglobin terlalu rendah, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hemoglobin). Jika Hemoglobin terlalu cair atau rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, saiz bayi akan lebih kecil  tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hemoglobin kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak pantas ataupun berdebar-debar (palpitation)

Jika semasa mengandung atau semasa bersalin berlaku kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan keadaan ini boleh membawa maut.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. 
Adakah SHAKLEE mempunyai suplemen untuk masalah Hemoglobin rendah?
Sudah tentulah Vita-Lea Iron Formula..:)

Jom baca pengalaman mereka yang berpuas hati setelah mengambil Vita-Lea iron Formula Shaklee ni..:)
Sepanjang Februari ni, anda boleh dapatkan Vita-Lea Iron Formula Shaklee pasa HARGA PROMOSI daripada saya.

Istimewa buat ibu-ibu mengandung..jom dapatkan SET KEHAMILAN LENGKAP SHAKLEE yang juga pada HARGA PROMOSI sepanjang Februari ini..:)

Hargailah kesihatan anda..ANAK itu ANUGERAH ALLAH..tak salah berbelanja sedikit untuk pelaburan yang lebih baik pada masa depan..:)

Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951


*COD seluruh Perlis, Changloon, Kodiang dan kawasan sekitarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...