Showing posts with label Alfafa Complex. Show all posts
Showing posts with label Alfafa Complex. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

Kenali penyakit Gout - punca, cara mengatasi dan rawatan


Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi tentang penyakit gout. Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang menhidapi penyakit gout ni? Pernahkah anda tengok dan rasai penderitaan pesakit gout ni? Bagi sesiapa yang tak tahu dan tak pernah dengar tentang penyakit gout ni..jom baca info kat bawah yang saya kongsi daripada Dr. Anwar Arshad, Pakar Sendi, Urat dan Sakit Kronik.
 
Apakah Penyakit Gout?
Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) dipersekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.
Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout.
Rawatannya termasuklah:
  1. Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  2. Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
  3. Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
  • Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
  • Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.

Cara Mengatasi Gout
Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan.
  1. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
  2. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
  4. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
  5. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  6. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
  7. Hadkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi seperti hati, daging, ikan sardin, kekacang, udang dan banyak lagi. 
Adakah Shaklee mempunyai supplemen untuk penyakit Gout?
Ya..Shaklee mempunyai supplemen khas untuk membantu pesakit Gout mengurangkan risiko serangan dan tahap keparahan penyakit tersebut. Perlu diketahui bahawa penyakit Gout sukar diubati. Rawatan dan ubatan yang diberi hanyalah untuk mengurang dan melegakan kesakitan yang dialami. 

Oleh itu, individu yang menghidap penyakit Gout ini perlu berusaha untuk mengawal pemakanan dan gaya hidup supaya lebih sihat. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah sebelum sakit menjadi lebih teruk hingga menyebabkan komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang dan kematian.   

Berikut adalah supplemen Shaklee yang sesuai untuk penyakit Gout :

1. Alfafa Complex - Bertindak sebagai detox semulajadi untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Pengambilan Alfafa ini perlulah disertai dengan pengambilan air yang banyak untuk proses detoksifikasi yang berkesan.

2. Performance Drink - Berfungsi untuk memelihara kandungan yang mencukupi bendalir dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi. Adalah sangat penting bagi pesakit Gout untuk mempunyai bekalan air yang mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik.

3. Omega Guard - Berfungsi untuk mengelakkan dan melegakan keradangan sendi.

Nak dapatkan produk, konsultasi dan nasihat percuma?

Hubungi saya,

Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com


Monday, 24 February 2014

Buasir : Ketahui punca dan cara mengatasinya

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi skit tentang masalah buasir. Siapa pernah mengalami masalah ni? Pengalaman saya yang pernah kena buasir tahap II ke III dulu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sangat sakit dan seksa bila kena serang buasir ni, sampai pernah kena warning dengan Surgeon supaya mengubah pola pemakanan dan lifestyle saya. 

Bagi anda yang tak tahu dan tak pernah tahu apa itu buasir..jom baca entri kat bawah..

Apa itu Buasir?

Buasir atau nama sainsnya ‘haemorrhoids’ terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.  

Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Jenis-jenis Buasir

Buasir terbahagi kepada dua jenis iaitu buasir dalam yang berlaku pada bahagian dalam dubur dan buasir luar, yang mana ia boleh terkeluar dan boleh dilihat serta dirasai pada bahagian dubur. 

Katanya, buasir tidak terjadi dalam masa satu hari, sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan apabila individu mendapati dirinya sukar membuang najis diikuti tabiat meneran ketika melakukannya.
 
Punca Buasir 

Punca utama buasir disebabkan oleh tekanan meningkat dalam abdomen yang boleh menyebabkan saluran darah meregang dan bengkak, menimbulkan pelbagai gejala, termasuk rasa gatal dan pendarahan yang banyak. 

Menurut Pakar Perunding Pembedahan Am, Hospital Damai Service (Melawati), Dr. Chaw Chee Kien, di dalam saluran dubur manusia terdapat struktur yang dikenali sebagai vaskular endocushions yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya struktur ini kecil dan tidak ketara. 

Walau bagaimanapun apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran semasa membuang air besar, struktur ini membengkak. Selepas beberapa lama, ia hilang sifat kenyalnya dan terjulur keluar daripada dubur.  Proses ini sering diiringi dengan pendarahan dan akhirnya menjadi buasir.

Selain itu, buasir juga boleh terjadi apabila seseorang itu duduk mahupun berdiri dengan terlalu lama. Contohnya apabila anda travel dalam jarak perjalanan yang jauh, sudah tentunya anda akan duduk dengan lama. Tidak kurang juga pemandu kenderaan awam yang perlu duduk dengan lama ketika memandu serta mereka yang duduk terlalu lama di hadapan komputer sehingga terlupa untuk bangun. 

Selain itu, ibu-ibu mengandung tidak ketinggalan, mereka juga boleh mendapat buasir kerana bayi di dalam kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada saluran darah di kawasan dubur sehingga boleh menyebabkan buasir. Buasir juga boleh terjadi akibat proses meneran ketika melahirkan bayi. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) juga boleh mendapat buasir.

Buasir memang amat memeritkan dan menyakitkan. Nak buat apa pun serba tak kena. Nak duduk, nak berjalan, nak berfikir....semua tak jadi. Sebab sakit, gatal dan sebagainya. Salah satu sebab saya mendapat buasir ialah selepas bersalin dan masalah sembelit. Faktor pemakanan yang tak seimbang, kurang minum air dan tekanan kerja banyak menyumbang kepada buasir saya dulu. 

Sekarang ni...Alhamdulillah..hampir setahun saya tak kena serang, sejak saya mengubah pola pemakanan dan mengambil supplemen yang betul. Memang saya akui, saya rasa sihat dengan pengambilan supplemen Shaklee sebagai rutin pemakanan harian.

Oleh itu, saya mencadangkan suplemen yang sesuai, khusus bagi yang baru mengalami buasir, atau bagi yang telahpun membuat rawatan membuang buasir tetapi sedang dalam proses penyembuhan. Saya pun ambik suplemen ni tau..sebab tu la highly recommended untuk anda pengidap buasir. 

Apa supplemen sesuai untuk BUASIR?

OMEGA GUARD : OmegaGuard ialah minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA. Ia baik untuk sendi dan otot, selain baik untuk mengimbangi paras kolesterol dalam darah…
Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGAGUARD membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.
  
OSTEMATRIX : Bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Selain itu, jika anda seorang yang mudah sembelit, pastikan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin kerana ia merupakan sumber serat yang terbaik.

Namun, jika anda tidak mampu untuk mengambil serat dalam jumlah yang optimum, saya cadangkan pengambilan :

ALFALFA : Boleh diamalkan setiap hari oleh mereka yang sering sembelit kerana ia merupakan agen pelawasan yang baik. Ia membantu proses detoks harian.
   

HERBLAX : Sejenis sediaan herba dalam bentuk tablet yang mengandungi daun Senna yang popular sebagai bahan julap. Namun begitu, keistimewaan HerbLax ini ialah ia bertindak secara lembut untuk membersihkan usus (tiada cirit-birit yang memedihkan dubur), seterusnya melancarkan pembuangan di sebelah pagi. Ia juga membuang toksin yang berlebihan dalam usus. HerbLax boleh diambil 2-3 kali seminggu sahaja.



Penting: Air kosong mestilah diminum 8-10 gelas sehari. Jika kita menambah serat dalam diet harian, semestinya kena minum air banyak sebab kalau tidak, lebih teruk la sembelit tu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, boleh hubungi saya, saya bersedia membantu anda dan berkongsi pengalaman saya.

Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : drintanperlis@gmail.com

Sunday, 16 February 2014

Tiada lagi masalah kulit kusam dan berjeragat dengan Set Skincare Shaklee..:)

"..dulu kulit muka berminyak, kusam,jeragat, keputihan..........lepas amalkan pengambilan alfafa, vitamin E, B complex dan ESP ramai puji muka nampak seri lain macam..." Puan Hana Dhia

                     --------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum..

Saya memang suka share tentang masalah kulit ni..sebab masalah kulit memang dah sebati dengan saya sejak remaja lagi.

Kalau kulit kusam, berminyak, berjeragat pastu banyak jerawat pulak..huhu..mesti kita kan rasa sangat rendah diri. Itulah yang pernah saya rasa suatu masa dulu. Tapi sekarang ni..alhamdulillah..perasan tu dah tak de lagi...syukur..:)

Jika anda ada kulit bermasah..jangan la berhenti berusaha ya..Anda kena rajin terutama penjagaan kebersihan kulit dan pemakanan..so penting bagi anda jaga kecantikan kulit secara luaran dan dalaman. Kebanyakan masalah kulit ni berpunca dari dalam. Mungkin sebab hormon ataupun masalah lain seperti resdung.

Kat sini saya nak share testimoni Puan Hana Dhia yang ada masalah kulit berminyak, kusam dan berjergat. Lebih memburukkan keadaan bila beliau pun ada masalah keputihan, haid tak teratur dan masalah sembelit.

Secara ringkas, saya dapati Puan Hana Dhia ni ada masalah dengan hormon yang melibatkan kulit dan kesuburan beliau. Jom baca testimoni beliau..

So..Puan Hana telah mengambil Alfafa, Vitamin E, Vitamin B complex dan ESP untuk masalah beliau. Mesti anda nak tahu macam mana fungsi setiap supplemen yang Puan Hana ambik kan..:)

Jom baca fungsi setiap supplemen tu..:)


ESP
-ESP ialah protein yang merupakan makanan kepada sel
-Apabila sel-sel kulit mendapat bekalan protein yang baik, lengkap dan mencukupi, ia akan dapat bertukar dengan baik
-Sel-sel yang bertukar dengan baik akan menghasilkan kulit wajah yang cantik, gebu, bersih dan cerah..:)
-Menghasilkan sel-sel kulit baru yang sihat dan menggantikan sel-sel kulit yang lama, mati ataupun telah rosak. Sel-sel kulit mati inilah yang menyebabkan kulit nampak kusam.




Vitamin B complex
-Melancarkan peredaran darah yang membawa oksigen keseluruh kulit
-Bekalan oksigen yang mencukupi akan membantu melembabkan kulit











Alfafa Complex
-Merawat masalah keputihan dan membuang toksin dalam badan












Vitamin E 
-Anti-penuaan, melambatkan proses penuaan dan      mengekalkan keremajaan
-Menghilangkan kedutan dan Awet Muda..
-Mencegah pembentukan parut
-Membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.
-Membantu mengurangkan kesan kulit jeragat.
-Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
-Vitamin E + Grapeseed....anti penuaan dan kedutan..





 
Berminat untuk dapatkan Set Skincare Shaklee? Apa tunggu lagi..ramai yang dah mencuba dan berpuas hati..ada bila lagi..??

Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...