Thursday 27 March 2014

Kenali penyakit Gout - punca, cara mengatasi dan rawatan


Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi tentang penyakit gout. Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang menhidapi penyakit gout ni? Pernahkah anda tengok dan rasai penderitaan pesakit gout ni? Bagi sesiapa yang tak tahu dan tak pernah dengar tentang penyakit gout ni..jom baca info kat bawah yang saya kongsi daripada Dr. Anwar Arshad, Pakar Sendi, Urat dan Sakit Kronik.
 
Apakah Penyakit Gout?
Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) dipersekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.
Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout.
Rawatannya termasuklah:
  1. Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  2. Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
  3. Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
  • Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
  • Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.

Cara Mengatasi Gout
Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan.
  1. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
  2. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
  4. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
  5. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  6. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
  7. Hadkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi seperti hati, daging, ikan sardin, kekacang, udang dan banyak lagi. 
Adakah Shaklee mempunyai supplemen untuk penyakit Gout?
Ya..Shaklee mempunyai supplemen khas untuk membantu pesakit Gout mengurangkan risiko serangan dan tahap keparahan penyakit tersebut. Perlu diketahui bahawa penyakit Gout sukar diubati. Rawatan dan ubatan yang diberi hanyalah untuk mengurang dan melegakan kesakitan yang dialami. 

Oleh itu, individu yang menghidap penyakit Gout ini perlu berusaha untuk mengawal pemakanan dan gaya hidup supaya lebih sihat. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah sebelum sakit menjadi lebih teruk hingga menyebabkan komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang dan kematian.   

Berikut adalah supplemen Shaklee yang sesuai untuk penyakit Gout :

1. Alfafa Complex - Bertindak sebagai detox semulajadi untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Pengambilan Alfafa ini perlulah disertai dengan pengambilan air yang banyak untuk proses detoksifikasi yang berkesan.

2. Performance Drink - Berfungsi untuk memelihara kandungan yang mencukupi bendalir dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi. Adalah sangat penting bagi pesakit Gout untuk mempunyai bekalan air yang mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik.

3. Omega Guard - Berfungsi untuk mengelakkan dan melegakan keradangan sendi.

Nak dapatkan produk, konsultasi dan nasihat percuma?

Hubungi saya,

Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...