Showing posts with label milk booster. Show all posts
Showing posts with label milk booster. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

ESP untuk kulit, tenaga dan 1001 khasiat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya terjawab promosi Shaklee bulan ni..apa dia? Tentulah produk paling hot daripada Shaklee..ESP laaa..wow..super murah, super jimat dan super hebat..

Saya pun start jatuh cinta dengan ESP..produk Shaklee pertama yang saya amik..dan terus setia sampai sekarang..dah bertin-tin pun saya minum..

Mungkin ada yang tertanya-tanya..untuk apa saya amik ESP..saya menyusukan babay ke? Saya tengah mengandung ke? Dah 8 tahun tak mengandung dan menyusukan baby..anak saya yang bongsu pundah darjah dua..

Itulah kehebatan ESP..bukan untuk ibu hamil ataupun menyusukan je tau..saya amik ESP sebagai gantian susu..sebab saya tak suka sangat minum susu..saya ada gastritritis ataupun biasa orang panggil gastrik dan selalu skip breakfast..sebab tu la saya perlukan ESP untuk kekal bertenaga..dan alhamdulillah..tak pernah kena serang gastritis sejak amik ESP walaupun tak breakfast..:)


KENAPA ESP? 

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatlah popular dan produk yang paling laris kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua orang tahu badan kita perlukan sumber protein. 

Dalam pemakanan seharian kita sumber protein terdapat dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa tiap-tiap hari makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. 

Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu sebelum makan. So bila dah masak, dah kena panas api, tentulah kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang lebih 12 jam ni.


Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut dan ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE

  • Untuk wanita yang ingin hamil atau merancang untuk hamil : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrien dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

                                                          TESTIMONI PENGGUNA




Nak try ESP pada harga promosi..?? Jom try ESP..saya berpuashati dan mereka pun sama..Jangan lepaskan peluang ni..:)

Hubungi saya, 

Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com

Saturday, 15 February 2014

Set Penyusuan 3M - Ketahui fungsi dan kebaikan setiap vitamin..:)

Salam semua..

Anda kat luar sana mengandung?? 
Tercari-cari supplemen yang sesuai untuk breastfeed baby nanti..??

Apa kata kita berkenalan dengan Set Penyusuan 3M Shaklee...Tak kenal maka tak cinta kan..
Nak tahu kenapa Set Penyusuan 3M Shaklee ni sangat laris macam goreng pisang panas??

Kalau anda sedang mengandung dan bertekad untuk breastfeed anak anda secara ekslusif..apa kata anda try Set Penyusuan 3M Shaklee ni..ramai yang dah mencuba dan jatuh cinta dengan set ni.. 

Kebaikannya??
Tentu la banyak...sebab tu la laris..:) 

Banyak testimoni mengakui mengambil Set Penyusuan 3M ni dapat breastfeed anak secara ekslusif..susu meriah..anak puas dan kenyang..badan slim, sihat dan bertenaga walaupun menyusukan..:)

Jom tengok apa fungsi dan kebaikan setiap vitamin dalam Set Penyusuan 3M ni..:)

 
  VITA-LEA IRON FORMULA

- Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
- Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel.
- Pengambilan Vita-Lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.



 




 B-COMPLEX
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Anti stress (sebagai penenang)
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Menukarkan makanan (glukosa) kepada tenaga
- Membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
- Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada dalam badan si ibu.
- Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.





VITAMIN C

- Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu.
- Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C. Mungkin tak perlukan ubat demam.
- Kadangkala, bila pumping ataupun digigit oleh anak, puting akan mudah terluka, luka akan cepat baik
- Kulit juga jadi semakin bersih, cerah dan cantik.





 



 ALFALFA
- Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu.
- Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
- Bila susu pekat, susu ibu lebih lemak berkrim!
- Ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!)
- Bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).




 



ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

- Memberi tenaga
- Membantu melancarkan penghasilan susu
- Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
- Mencantikkan kulit si ibu
- Membantu kawal paras kolesterol
- Memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama
- Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.




OSTEMATRIX

- Kalsium Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain.
- Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
- Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid.
- Bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.





Berminat untuk dapatkan Set Penyusuan 3M? Ekslusif untuk anda jadual pemakanan vitamin semasa menyusu dan tips boost susu..:)

Hubungi saya,


Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951

Saturday, 4 January 2014

KHASIAT ALFAFA & MERAWAT KEPUTIHAN

"Sebelum ni kawan saya ada masalah keputihan tapi lepas guna Alfafa....alhamdulillah...keputihan berkurangan dan keintiman semakin mengagumkan...dia cakap suami dia pun senyum lebar...alhamdulillah..syukur..." Pn. Maria Norly

Salam semua...                   
Hari ni saya nak share tentang kebaikan Alfafa yang dikatakan dah lama digunakan di barat sebagai supplement harian mereka...sebelum ni, saya ada post video pendek tentang Alfafa kan...kot2 la ada yang tak paham sangat bahasa omputih tu...so kat sini saya share skit apa tu Alfafa, kebaikan dan khasiat Alfafa ni..

                        -------------------------------------------------------------------------

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan...Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. 

Perkataan Alfafa tu berasal daripada bahas Arab yang bermaksud 'Bapa Segala Makanan'. Fuh..hebat tu..kenapa plak ia digelar camtu..?? Haa..sebab Alfafa ni mengandungi segala nutrien lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan kita...

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
  
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6– membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak;
menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur. 

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan. Protein inilah yang membantu dalam penyusuan ibu.

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


19 KEBAIKAN UTAMA ALFALFA SHAKLEE:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Jom baca beberapa testimoni pengguna Alfafa yang sangat berpuashati dengan khasiat dan kebaikannya..:)
Tu dia..macam2 kebaikan Alfafa bagi yang dah menggunakannye..bagi yang belum lagi tu...apa lagi..sempena promosi sepanjang Januari ni...jom ambik peluang try khasiat dan kehebatan Alfafa Compex Shaklee...tak rugi tau...:)

Belum cuba..belum tau..dah rasa..hari2 mau...huh...:)
Hubungi saya..untuk harga yang giler murahhh...!!

 
Dr. Intan
SID : 953464
SMS/Whatsapp : 013-3975951
e-mail : drintanperlis@gmail.com

*COD seluruh negeri Perlis, Jitra, Kodiang, Changloon dan kawasan sekitar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...