Saturday 22 February 2014

KENAPA VITAMIN C PERLU DI DALAM DIET HARIAN KITA??

Assalamualaikum..


Hari ni saya nak kongsi tentang Vitamin C dan kenapa Vitamin C ni sangat penting dalam diet harian kita. Vitamin C, yang dikenali sebagai ascorbic acid, ialah sejenis nutrien larut air yang penting untuk tumbesaran yang normal. Vitamin larut air terurai apabila berada di dalam air. Sisa dan lebihan vitamin ini akan dibuang dari dalam badan melalui air kencing. Oleh itu, bekalan berterusan vitamin seperti ini amatlah diperlukan.

Vitamin C penting untuk :-

1.Membentuk protein yang penting untuk pembinaan kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah 

2.Membentuk kolagen, juga sejenis protein yang diperlukan untuk membantu menyembuhkan luka

3.Membaiki dan memelihara rawan, tulang dan gigi

4.Meningkatkan keupayaan untuk menyerap zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan

5.Vitamin C juga adalah merupakan salah satu anti-oksidan.
(Apa itu antioksidan? Antioksidan adalah nutrien yang menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.) 

Berikut adalah info tentang radikal bebas yang perlu anda tahu :-

~Radikal bebas terhasil ketika tubuh badan menukarkan makanan kepada tenaga ataupun ketika kita terdedah kepada asap rokok dan radiasi
~Radikal bebas yang terkumpul untuk satu jangkamasa yang panjang mengakibatkan proses penuaan
~Radikal bebas juga merupakan salah satu penyebab kepada kanser, penyakit jantung dan kondisi seperti arthritis

# Vitamin C TIDAK menyembuhkan atau mengurangkan risiko jangkitan demam selsema. 
Walau bagaimanapun, mereka yang mengambil Vitamin C dengan kerap dan teratur didapati cepat sembuh daripada demam selsema ataupun mengalami demam selsema yang tidak teruk. Mengambil Vitamin C selepas dijangkiti demam selsema tidak memberikan sebarang kesan penyembuhan.

Kekurangan Vitamin C mengakibatkan :-
  • Anemia
  • Gusi Berdarah
  • Kurang daya tahan jangkitan penyakit
  • Kadar penyembuhan luka yang lambat
  • Rambut kering dan bercabang
  • Cepat lebam
  • Gingivitis (keradangan pada gusi)
  • Hidung berdarah
  • Kemungkinan untuk pertambahan berat badan kerana metabolisme lambat
  • Kulit kasar, kering dan bersisik
  • Sakit dan bengkak sendi
  • Enamel gigi lemah

PERBEZAAN SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS DENGAN VITAMIN C JENAMA LAIN:

1.Jaminan Shaklee bahawa produk yang dihasilkan adalah Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Semulajadi.

2.Sustained Released bermaksud pembebasan secara berterusan. Vita-C Shaklee mempunyai teknologi pembebasan berterusan secara semulajadi. Teknologi ini sangat diperlukan kerana Vitamin C sangat mudah hilang dari tubuh badan manusia kerana ia larut air. Jadi, dengan adanya teknologi ini, maka kita mampu mendapat manfaat Vitamin C secara berterusan kerana setiap jam, 100mg Vitamin C akan dilepaskan.
 
3.Setiap satu tablet Vita-C 500mg adalah sama dengan khasiat 7 1/2 biji oren.
4.Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

# Untuk makluman dan peringatan, kanak-kanak tidak boleh mengambil Sustained Release Vita-C Plus™ kerana dos adalah tidak sesuai. Shaklee menyediakan Vitamin C 100mg untuk kanak-kanak yang boleh dikunyah Chewable Vita-C™ 100 mg.#



Nak dapatkan Vitamin C Shaklee?

Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : drintanperlis@gmail.com


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...