Showing posts with label Set Hamil. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil. Show all posts

Friday, 7 February 2014

SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE - Ketahui kelebihannya

Assalamualaikum

Sempena promosi Vita-Lea sepanjang Februari ni, secara tidak langsung semua set kesihatan yang mempunyai Vita-Lea pun ada harga special. 

Set Hamil Lengkap Shaklee pun offer bulan ni tau..so ibu-ibu yang mengandung jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Set Hamil Lengkap ni segera..:)

Apa yang terdapat dalam Set Hamil Lengkap Shaklee ni  ye?

Set Hamil Lengkap Shaklee ni terdiri daripada 6 jenis vitamin. Set ni boleh diteruskan jugak semasa berpantang dan selepas berpantang kalau beli dihujung kehamilan dan tak sempat nak habisklan..haaa..jimat dan berbaloi kan..:)

Apa KELEBIHAN/KEBAIKAN Set Hamil Lengkap Shaklee?

Jom baca huraian setiap vitamin.
 
1. Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin)
~ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
~ Vita-Lea kaya dengan iron (zat besi), ia adalah sangat bagus jika ibu ada masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
~ Oleh itu, pengambilan multivitamin adalah amat penting semasa mengandung.

2. B-Complex
~ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya dilengkapi dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
~ Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
~ Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
~ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

3. Vitamin C
~ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
~ Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (contoh: selsema).
~ Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

4. Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D)
~ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
~ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
~ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
~ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
~ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
~ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
~ Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
~ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.

 

5. ESP (Protein)
~ Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
~ Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
~ Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
~ Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
~ ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
~ Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
~ Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

6. Omega Guard (Omega 3)
~ Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
~ Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
~ DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
~ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal berat badan dan paras kolesterol dalam darah.
  
Jom baca testimoni mereka yang berpuas hati dengan Set Hamil Lengkap Shaklee ni..

Untuk mendapatkan Set Hamil Lengkap Shaklee pada harga ISTIMEWA..

Hubungi saya,

Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951



*COD seluruh Perlis, Kodiang, Changloon dan kawasan sekitarnya.

Thursday, 6 February 2014

SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE - Jadual Pengambilan Vitamin

Salam semua

Kehamilan adalah satu saat yang paling indah buat semua wanita. Semasa mengandung, ibu perlu mengambil nutrien secukupnya untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung terjamin.

SHAKLEE turut menyediakan SET HAMIL LENGKAP khas untuk membekalkan nutrien kepada ibu dan bayi. Set Hamil Shaklee ni sangat popular sekarang kerana telah terbukti selamat, berkesan dan berkhasiat untuk ibu mengandung.


Set Kehamilan Lengkap SHAKLEE terdiri daripada :

1. Energizing Soy Protein (ESP) - 850 gram
2. OmegaGuard - 90 biji
3. Ostematrix  - 120 biji
4. Vitamin B complex dengan Asid Folik - 120 biji
5. Vitamin C  - 180 biji
6. Multivitamin Vita-Lea with Iron - 120 biji

Mesti ada yang tertanya-tanya..kenapa banyak sangat dan macam mana nak makan? Jangan risau, set ni sangat berbaloi kerana boleh diambil ketika mengandung dan sesuai juga diambil semasa berpantang. Semua suplemen ni bukan telan serentak tau..:)

Di sini saya sediakan panduan dan jadual pengambilan Set Hamil Lengkap ni. Walaubagaimanapun, jadual pemakanan vitamin ni bukanlah rigid, anda boleh mengubahsuai ikut kesesuaian asalkan mengambil dalam kuantiti yang disyorkan..:)

Selepas sarapan pagi :
1 sudu besar ESP + secawan air suam (atau minuman kegemaran anda)
1 biji Vitamin C
1 biji Multivitamin Vita-Lea (bagi ibu yang mempunyai masalah Hb rendah ataupun tekanan darah rendah, elok la ambil 2 biji)

Selepas makan tengah :
1 biji Vitamin B complex
1 biji OmegaGuard

Selepas makan malam : 
1 sudu besar ESP + secawan air suam (minuman kegemaran anda)
4 biji Ostematrix (cuma 2 biji bagi ibu-ibu yang minum susu secara rutin)

Dengan mengamalkan pemakanan sihat dan nutrien yang mencukupi, insya Allah..pelbagai masalah sepanjang kehamilan dapat diatasi. 

Hubungi saya,

Dr. Intan 
SID 953464
sms/whatsapp : 013-3975951
email : drintanperlis@gmail.com

*COD seluruh Perlis, Kodiang, Changloon dan kawasan sekitarnya



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...