Showing posts with label Set Hamil Lengkap Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil Lengkap Shaklee. Show all posts

Sunday, 11 May 2014

Kenapa SET HAMIL SHAKLEE Sangat Berbaloi?

Tahukah anda kenapa SET HAMIL SHAKLEE sangat POPULAR dan BERBALOI-BALOI?

1. SET HAMIL SHAKLEE dijamin semulajadi tanpa pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Sangat sesuai untuk ibu hamil dan selamat untuk bayi.

2. Vitamin dalam SET HAMIL SHAKLEE tidak memerlukan silica gel untuk memelihara keasliannya. Kebanyakan vitamin atau supplement lain mengandungi silica gel, pewarna, perisa dan pengawet tambahan.

3. SET HAMIL SHAKLEE membekalkan nutrien yang lengkap dan kesemua nutrien yang diperlukan untuk ibu dan anak.

4. SET HAMIL SHAKLEE boleh tahan hingga 6 bulan mengikut jenis vitamin dan keperluannya.

5. SET HAMIL SHAKLEE menjimatkan wang anda sebab set yang sama boleh diambil masa berpantang dan menyusukan anak.

6. Setiap supplemen dalam SET HAMIL SHAKLEE ni mempunyai fungsi dan kebaikan tersendiri. Semua supplemen ini saling melengkapi antara satu sama lain.

KETAHUI FUNGSI DAN KEBAIKAN SET HAMIL SHAKLEE.

ESP membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protein meningkat ketika wanita sedang mengandung kerana protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.

Vita-Lea adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil.

OsteMatrix untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya, maka wanita mengandung perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan untuk ibu itu sendiri. OsteMatrix juga boleh mencegah masalah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu mengandung.

B-Complex dilengkapi dengan asid folik dan 8 vitamin B beserta Folic Acid yang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.

Vitamin C untuk menguatkan sistem imun badan.

Omega Guard adalah pengganti untuk supplement NeuroGain. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supplemen ini perlu diambil mulai trimester kedua dan ketiga.

 +
= SET BERPANTANG LENGKAP
 +
 = SET MENYUSU LENGKAP
+
= KURUS SAMBIL MENYUSUKAN :)

So, amacam? Berbaloi-baloikan?? All in one..serba lengkap..Ibu sihat, baby pun sihat, dapat breastfeed baby..BONUS..dapat KURUS pulak..

Ramai yang dah mencuba SET HAMIL SHAKLEE ni dan ramai yang sangat berpuas hati kerana hasilnya berbaloi-baloi..Anda bagaimana? Buatlah pilihan BIJAK untuk diri dan anak yang bakal lahir..

Nak try Set Hamil Shaklee dan konsultasi percuma?

Hubungi saya

Intan Shariza

PM Admin Intan Shariza di Facebook 
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u

Wednesday, 19 February 2014

Mengapa Asid Folik penting semasa mengandung?

Assalamualaikum


Kehamilan ialah satu fasa yang sangat penting bagi seorang wanita. Pada saat ini, penting bagi seorang wanita hamil untuk menjaga kesihatan, pemakanan, fizikal, emosi dan spiritual dengan baik. Segala tindakan dan perilaku ibu semasa hamil sangat mempengaruhi anak yang bakal lahir kelak.

Salah satu nutrien yang sangat penting semasa kehamilan ialah asid folik. Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
 Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
Credit : babycenter.com

Kadang-kadang semasa hamil, terutama pada peringkat awal kehamilan, kita selalunya mengalami alahan yang teruk. Disinilah pentingnya pengambilan supplemen untuk membantu keperluan nutrisi ibu semasa kehamilan. 

Rangkaian vitamin Shaklee sangat sesuai dan lengkap untuk ibu hamil sejak dari merancang kehamilan hinggalah kepada fasa penyusuan bayi. Oleh itu, bagi wanita hamil diluar sana yang mengalami alahan teruk dan sukar mengambil nutrisi secukupnya untuk ibu dan bayi, maka wajarlah anda mencuba Set Kehamilan Shaklee.

Jangan berlengah lagi. Ibu yang sihat bakal melahirkan zuriat yang sempurna. Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee?



Hubungi saya, 


Dr. Intan (ID 953464)

PM Admin Intan Shariza di Facebook

SMS/Whatsapp : 013-3975951

Email : drintanperlis@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...