Monday 24 February 2014

Buasir : Ketahui punca dan cara mengatasinya

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi skit tentang masalah buasir. Siapa pernah mengalami masalah ni? Pengalaman saya yang pernah kena buasir tahap II ke III dulu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sangat sakit dan seksa bila kena serang buasir ni, sampai pernah kena warning dengan Surgeon supaya mengubah pola pemakanan dan lifestyle saya. 

Bagi anda yang tak tahu dan tak pernah tahu apa itu buasir..jom baca entri kat bawah..

Apa itu Buasir?

Buasir atau nama sainsnya ‘haemorrhoids’ terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.  

Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Jenis-jenis Buasir

Buasir terbahagi kepada dua jenis iaitu buasir dalam yang berlaku pada bahagian dalam dubur dan buasir luar, yang mana ia boleh terkeluar dan boleh dilihat serta dirasai pada bahagian dubur. 

Katanya, buasir tidak terjadi dalam masa satu hari, sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan apabila individu mendapati dirinya sukar membuang najis diikuti tabiat meneran ketika melakukannya.
 
Punca Buasir 

Punca utama buasir disebabkan oleh tekanan meningkat dalam abdomen yang boleh menyebabkan saluran darah meregang dan bengkak, menimbulkan pelbagai gejala, termasuk rasa gatal dan pendarahan yang banyak. 

Menurut Pakar Perunding Pembedahan Am, Hospital Damai Service (Melawati), Dr. Chaw Chee Kien, di dalam saluran dubur manusia terdapat struktur yang dikenali sebagai vaskular endocushions yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya struktur ini kecil dan tidak ketara. 

Walau bagaimanapun apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran semasa membuang air besar, struktur ini membengkak. Selepas beberapa lama, ia hilang sifat kenyalnya dan terjulur keluar daripada dubur.  Proses ini sering diiringi dengan pendarahan dan akhirnya menjadi buasir.

Selain itu, buasir juga boleh terjadi apabila seseorang itu duduk mahupun berdiri dengan terlalu lama. Contohnya apabila anda travel dalam jarak perjalanan yang jauh, sudah tentunya anda akan duduk dengan lama. Tidak kurang juga pemandu kenderaan awam yang perlu duduk dengan lama ketika memandu serta mereka yang duduk terlalu lama di hadapan komputer sehingga terlupa untuk bangun. 

Selain itu, ibu-ibu mengandung tidak ketinggalan, mereka juga boleh mendapat buasir kerana bayi di dalam kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada saluran darah di kawasan dubur sehingga boleh menyebabkan buasir. Buasir juga boleh terjadi akibat proses meneran ketika melahirkan bayi. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) juga boleh mendapat buasir.

Buasir memang amat memeritkan dan menyakitkan. Nak buat apa pun serba tak kena. Nak duduk, nak berjalan, nak berfikir....semua tak jadi. Sebab sakit, gatal dan sebagainya. Salah satu sebab saya mendapat buasir ialah selepas bersalin dan masalah sembelit. Faktor pemakanan yang tak seimbang, kurang minum air dan tekanan kerja banyak menyumbang kepada buasir saya dulu. 

Sekarang ni...Alhamdulillah..hampir setahun saya tak kena serang, sejak saya mengubah pola pemakanan dan mengambil supplemen yang betul. Memang saya akui, saya rasa sihat dengan pengambilan supplemen Shaklee sebagai rutin pemakanan harian.

Oleh itu, saya mencadangkan suplemen yang sesuai, khusus bagi yang baru mengalami buasir, atau bagi yang telahpun membuat rawatan membuang buasir tetapi sedang dalam proses penyembuhan. Saya pun ambik suplemen ni tau..sebab tu la highly recommended untuk anda pengidap buasir. 

Apa supplemen sesuai untuk BUASIR?

OMEGA GUARD : OmegaGuard ialah minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA. Ia baik untuk sendi dan otot, selain baik untuk mengimbangi paras kolesterol dalam darah…
Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGAGUARD membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.
  
OSTEMATRIX : Bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Selain itu, jika anda seorang yang mudah sembelit, pastikan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin kerana ia merupakan sumber serat yang terbaik.

Namun, jika anda tidak mampu untuk mengambil serat dalam jumlah yang optimum, saya cadangkan pengambilan :

ALFALFA : Boleh diamalkan setiap hari oleh mereka yang sering sembelit kerana ia merupakan agen pelawasan yang baik. Ia membantu proses detoks harian.
   

HERBLAX : Sejenis sediaan herba dalam bentuk tablet yang mengandungi daun Senna yang popular sebagai bahan julap. Namun begitu, keistimewaan HerbLax ini ialah ia bertindak secara lembut untuk membersihkan usus (tiada cirit-birit yang memedihkan dubur), seterusnya melancarkan pembuangan di sebelah pagi. Ia juga membuang toksin yang berlebihan dalam usus. HerbLax boleh diambil 2-3 kali seminggu sahaja.



Penting: Air kosong mestilah diminum 8-10 gelas sehari. Jika kita menambah serat dalam diet harian, semestinya kena minum air banyak sebab kalau tidak, lebih teruk la sembelit tu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, boleh hubungi saya, saya bersedia membantu anda dan berkongsi pengalaman saya.

Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : drintanperlis@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...