Sunday 1 February 2015

6 Petua Melegakan Kejang Kaki Semasa Mengandung

Assalamualaikum semua..

Masalah kejang kaki masa mengandung memang perkara biasa terutama bila kandungan dah makin besar... kebiasaannya masa trimester ketiga la..ada jugak ibu hamil yang jadi awal lagi..kenapa masalah ni berlaku??

Apabila kandungan dah makin besar, ini menyebabkan salur darah tertekan. So, darah akan sukar mengalir ke atas (iaitu dari kaki ke jantung) dan bila pengaliran darah makin sukar sebab tu la kaki jadi kejang.

So, bakal ibu kat luar sana...camna nak buat untuk melega dan mengurangkan masalah kejang kaki ni??..huhu..seksa tau bila perut dah makin besar..kaki pulak asyik kejang je..

Mungkin 6 Petua atau Cara yang saya kongsikan kat sini boleh membantu bakal ibu..

1.  Lakukan senaman seperti berjalan kaki (tapi bukan berlari atau joging tau...kang terberanak plak..hihi). Ini adalah untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.

2.  Letakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.

3. Pakailah stoking khas (pressure graded stockings)...ni boleh pegi beli kat farmasi.. macam-macam jenis ada..

4. Rajin-rajin la mintak suami tersayang urutkan kaki kita untuk membantu melancarkan pengaliran darah..selain tu, dapat mengeratkan lagi kasih sayang jugak tau..:)

5.  Rendam kaki dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala yang suam. Cara ni jugak baik untuk pengaliran darah di kaki.

6.  Ambil la suplemen kalsium yang mencukupi masa kehamilan..pengambilan kalsium yang konsisten secara tidak langsung dapat membantu mencegah kekejangan masa mengandung.. 

Sharing is Caring :)

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com

FANPAGE : Vitacare 4u

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...