Monday 19 October 2015

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Assalamualaikum.. 

Tahukah anda bagaimana mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) Anda?

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi : 

Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)

                          BMI = Berat (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)
          
Contoh : Jika berat badan anda 56 kg dan ketinggian anda 1.55 m. Mula-mula, kalikan 1.55 dengan 1.55 bersamaan 2.4025. Kemudian bahagikan 56 dengan 2.4025 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 23.31 Mari lihat carta BMI di bawah. 

Sekiranya BMI anda :


* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan ke atas, anda adalah obesiti

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...