Monday 7 April 2014

Tips Kesihatan - 9 Cara Mudah Merawat dan Mencegah Penyakit Gusi

Assalamualaikum..

Tahukah anda penyakit gusi ataupun penyakit periodontal telah menjejaskan kesihatan mulut hampir 40 juta rakyat Amerika setiap tahun?

Penyakit ini bermula sebagai gingivitis yang menyebabkan gusi untuk bengkak dan mudah berdarah . Dalam kebanyakan kes, gingivitis tidak disedari sehingga kehilangan tulang penyokong gigi berlaku. Ramai yang mengalami masalah gusi berdarah terutama semasa menggosok gigi, namun kerana takut untuk mendapatkan rawatan lanjut, mereka membiarkan keadaan itu hinggalah masalah gusi menjadi kronik dan perlu dicabut.


Diet harian kita sangat mempengaruhi kesihatan gusi dan gigi secara keseluruhan. Makanan manis dan makanan yang lembut seperti karamel penuh dengan bahan-bahan yang merosakkan enamel gigi merupakan penyumbang terbesar penyakit gusi. 

Kebiasaannya, rawatan laser, cabutan dan rawatan periodontal boleh merawat dan menyelesaikan masalah penyakit gusi ini. Namun, jenis rawatan bergantung kepada keadaan gigi dan gusi sama ada boleh diselamatkan dan mampu menjalankan fungsi dengan baik serta tahap keseriusan penyakit gusi tersebut.

Tetapi, anda janganlah cepat berputus asa. Banyak cara boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah penyakit gusi ini antaranya pencegahan daripada awal dengan mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :)

Tahukah anda, kebanyakan bahan untuk merawat masalah gusi ada di rumah anda dan boleh didapati dengan mudah? So, hari ni saya nak kongsi sikit tips kesihatan pergigian untuk anda.

1. Vitamin C

Vitamin C sangat sinonim untuk mencegah penyakit gusi. Tahukah anda, Kelasi pada abad ke-18 biasanya akan makan limau ketika mereka di laut untuk mengelakkan gusi pendarahan?   
Kajian juga telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil jumlah vitamin C yang secukupnya berada pada risiko yang lebih tinggi untuk penyakit periodontal. Mereka yang menggambil kurang daripada 60 mg vitamin C setiap hari adalah 1.5 kali lebih berkemungkinan mengalami masalah gingivitis daripada yang mengambil 180mg.
Vitamin C adalah antioksidan yang boleh mempercepatkan pertumbuhan semula tulang dan membaiki tisu penghubung, yang menjadikan ia sesuai untuk menjauhkan masalah penyakit gusi. 
 
2. Vitamin D

Vitamin D adalah ejen anti-radang (anti-inflamasi) yang boleh mengurangkan kecenderungan anda untuk menghidapi masalah penyakit gusi. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi di dalam darah kurang mengalami pendarahan gusi (gingiva) semasa pemeriksaan penyakit gusi. 
Pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu untuk menyediakan vitamin D kerana sinar UV mencetuskan sintesis vitamin D pada kulit.  Peruntukan masa 10-15 minit pendedahan cahaya matahari sebanyak dua kali seminggu adalah mencukupi. Anda juga boleh mengambil vitamin D dan kalsium untuk makanan tambahan.

3. Mengawal Tekanan

Kajian telah menunjukkan bahawa tekanan meningkatkan pengumpulan plak yang boleh menyumbang kepada penyakit gusi dan risiko pendarahan gusi. Kajian juga menunjukkan bahawa individu yang berada dalam tekanan selama 4 minggu mempunyai kadar
plak dan masalah gingivitis yang lebih tinggi daripada individu yang tidak terdedah kepada tekanan. 

4. Koenzim Q10

Koenzim 10 adalah antioksidan yang dihasilkan dalam badan tetapi juga terdapat dalam makanan tambahan dan makanan. Beberapa bukti menunjukkan bahawa paras koenzim Q10 yang le
bih rendah membawa kepada peningkatan dalam risiko penyakit gusi.  
Kajian menunjukkan bahawa enzim ini sangat diperlukan untuk membaiki tisu gusi. Selepas kajian selama tiga minggu risiko keradangan dan jangkitan didapati berkurangan apabila sejenis sapuan (topikal) koenzim Q10 telah digunakan. Kini, banyak ubat gigi mengandungi enzim ini untuk tujuan mengurangkan keradangan gusi. 

5. Tea Tree Oil

Minyak Tea Tree adalah antibiotik yang sangat dikenali. Satu kajian telah dijalankan keatas pesakit gingivitis kronik untuk tempoh  4-8 minggu. Mereka ini mempunyai kebiasaan memberus gigi sebanyak dua kali setiap hari, telah diminta untuk mengaplikasi atau menyapukan minyak Tea Tree  pada gusi mereka. 
Hasil kajian telah mendapati bahawa memberus dan menggunakan minyak Tea Tree mampu mengurangkan pendarahan dan gingivitis, namun tindakan ini tidak mengurangkan plak yang penyebab gingivitis.  Anda tidak perlulah menggunakan minyak Tea Tree untuk tujuan ini, cukuplah dengan menggunakan ubat gigi yang mengandungi miyak Tea Tree untuk membantu mengawal bakteria semasa memberus gigi.  


6. Kumuran herba

Campuran herba kering dipanaskan dalam air mendidih, ditapis dan dijadikan ubat kumuran beberapa kali setiap hari . Sejenis herba yang dikenali sebagai Sage kebiasaannya terdapat di Califonia dan Mexico sangat disyorkan sebagai ubat kumuran gusi kerana ciri anti-radang (anti-inflamasi) dan boleh mengurangkan keradangan dan kebengkakan gusi. Selain itu, Thyme juga mempunyai ciri anti-septik kuat yang boleh melawan bakteria dalam mulut.


7. Memberus dengan Kunyit 

Kunyit boleh membantu untuk merawat penyakit gusi disebabkan oleh ciri anti-radang yang kuat. Ia mengurangkan keradangan dengan menghadkan kawasan pembiakan bakteria. Untuk memberus dengan kunyit, tuangkan sedikit rempah ke dalam piring, basahkan berus gigi dan celup ke dalam serbuk kunyit. Beruslah perlahan-lahan untuk meratakan rempah ke seluruh gusi dan perlahan-lahan membuang plak yang terkumpul. Jangan berus terlalu kuat kerana ini boleh menyebabkan gusi surut dan gigi cepat haus. 

8. Ubat kumuran

Cecair kumuran bukanlah ubat yang dipreskripsi, namun penggunaan cecair kumuran yang kerap boleh membantu mengurangkan gingivitis atau pembentukan plak. Gunakan ubat kumuran ini selama 30 saat dua kali sehari. Kadang kala, ada cecair kumuran yang mengandungi minyak pati yang boleh menyebabkan perasaan terbakar seperti Listerine. Tetapi kebanyakan pengguna melaporkan bahawa merekadapat  menyesuaikan diri dengan kesan sampingan ini selepas beberapa hari penggunaannya.

9. Kebersihan Mulut
Penjagaan gigi yang baik bermakna memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama 2-3 minit. Sebaiknya gosoklah gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida. Floslah gigi anda setiap hari dan berjumpalah doktor gigi anda 1-2 kali setahun untuk pemeriksaan pergigian berkala. Jangan merokok kerana ini boleh merosakkan gigi dan gusi anda juga. Ubat kumuran antiseptik boleh digunakan untuk membersihkan jangkitan gusi, tetapi terdapat beberapa perdebatan tentang sama ada ianya sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai gusi yang sihat. 

Apapun masalah pergigian anda seelok-eloknya dapatkan nasihat secara profesional daripada doktor gigi anda. Perlu diingat, walaupun banyak bahan boleh digunakan untuk mengurangkan masalah penyakit gusi, tetapi anda masih perlu menghapuskan faktor penyebabnya dahulu. Lakukan pemeriksaan pergigian dan sekurang-kurangnya buatlah rawatan penskaleran untuk membuang plak dan kalkulus yang keras kerana memberus serta berkumur sahaja tidak mampu menanggalkan kalkukus tersebut. Kemudian, barulah anda cuba tips yang saya kongsikan diatas..insya allah...tak salah berusaha tetapi dengan izin Allah jua..:)

Oh ye...jangan lupa dapatkan Vitamin C, Kalsium, Vitamin D dan Coenzyme Q10 terbaik daripada Shaklee ye:) Banyak manfaatnya..selain mengekalkan kesihatan gigi dan gusi..badan..tulang..kulit..jantung pun sihat jugak..:)


Nak dapatkan sebarang produk Shaklee, konsultasi dan nasihat percuma?

Hubungi saya,

Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...