Saturday 29 November 2014

Bawang Putih - Antibiotik Semula jadi?

Garlic and its medicinal properties
Benarkah bawang putih dikatakan boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi? Pada kurun ke-19, Louis Pasteur iaitu seorang Ahli Kimia dan Mikriobiologi dari Perancis telah mengkaji potensi jus bawang putih mentah sebagai agen antibakteria dan beliau telah mendapati bahawa bawang putih mamapu untuk membunuh bakteria sebagaimana tindakan oleh antibiotik penisilin.

Berikutan itu, bawang putih telah digunakan secara meluas sebagai agen antibakteria untuk menyahkuman dan menyembuhkan luka akibat peperangan semasa Perang Dunia Kedua. Sejak itu, beberapa hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan telah menyokong tindakan serta potensi bawang putih sebagai agen antibakteria dan antivirus. Kajian menunjukkan bawang putih mampu mengawal jangkitan bakteria dan virus dengan menyembuh dan menghalang jangkitan yang disebabkan oleh Mikrob serta Cacing.

Oleh kerana sifat penyembuhan yang ditunjukkan oleh bawang putih beikutan daripada aktiviti antibakteria dan antivirusnya, herba tradisional ini juga digunakan untuk merawat beberapa jangkitan yang sukar dirawat akibat kehadiran bakteria yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik lain. Namun, lebih banyak kajian lagi perlu dijalankan untuk memastikan bawang putih benar-benar berkesan sebagai antibiotik.

Sharing is Caring :)

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com

FANPAGE : Vitacare 4u

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...