Sunday 8 June 2014

11 Tips Cegah Serangan Jantung

Serangan jantung tidak terjadi secara mendadak walau dia menyerang secara tiba-tiba. Tabiat pemakanan adalah penyebab utama. Ditambah buruk dengan sikap yang tidak suka bersenam dan suka merokok.

Antara tanda sama ada seseorang itu bakal menjadi mangsa ialah;
1. Jantung atau dada kerap berdebar-debar. Kadang-kadang ketika membaca buku pun boleh berdebar.
2. Dahi berpeluh ketika berada dalam suasana dingin.
3. Dada kerap terasa senak atau sendat.
4. Sering mencungap seperti tidak cukup udara. Kadang-kadang melakukan aktiviti ringan seperti solat pun boleh mencungap-cungap.
5. Alah pada suasana panas.
6. Asyik berpeluh pada telapak tangan.

Jom kongsi beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mencegah serangan jantung.
Antara yang patut dia buat ialah;

1. Kurangkan atau lebih baik hentikan pengambilan makanan segera atau terproses yang tidak menyihatkan seperti burger, nuget, kentang goreng atau kentang berperisa.

2. Kurangkan mengambil minuman yang tidak membantu anda sihat seperti minuman berkarbonat, minuman segera, krimer bukan tenusu dan sebagainya.

3. Jangan amalkan mandi selepas makan atau ketika kenyang kerana ia menyebabkan perut dan jantung menjadi lemah.

4. Kurangkan makan nasi lemak yang dibeli kerana banyak peniaga menambah minyak masak dalam nasi untuk menjadikan nasi berkilat dan berderai. Bila makan nasi lemak yang di masak sendiri, kita boleh tentukan santan mengikut kesesuaian.

5. Amalkan makan kacang hijau rebus setiap hari. Rendam kacang hijau dalam air selama 10 minit kemudian rebus sederhana. Jangan sampai kembang, cukup sekadar empuk. Jangan bubuh garam.

6. Amalkan makan Habbatus Sauda atau jintan hitam kerana dari maksud hadis Nabi SAW, Habbatus Sauda ini adalah ubat banyak penyakit kecuali mati dan usia tua.

7. Amalkan memakan sayuran pahit atau kelat seperti kailan, pegaga, pucuk ubi, pucuk betik dan ulam-ulaman.

8. Lakukan aktiviti senaman dan riadah secara bekala. Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat terutama untuk jantung

9. Pastikan tidur dan rehat yang mencukupi. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat. Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

10. Kawal emosi agar tidak tertekan/ stress. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.

11. Amalkan pengambilan Coenzyme Q10 setiap hari. CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga.

Tahukah Anda?
CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel, mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. 

Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.
CoQ10 Shaklee Celikvitamin CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi
Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

1. Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

2. Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki, mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

3.Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4-12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

4.Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

5.Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
    
Buatlah pilihan bijak untuk kesihatan yang lebih baik. Mencegah lebih baik daripada merawat..jangan tunggu dah kena baru nak amalkan tips-tips ni..Dan tip yang akhir sekali, jangan lupa untuk buat pemeriksaan kesihatan secara berkala dengan doktor.

Hubungi saya,

Intan Shariza
 
PM Admin Intan Shariza di Facebook 
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...