Saturday 22 November 2014

6 Jenis Makanan Baik Untuk Kecerdasan Otak

Assalamualaikum semua..

Jutaan maaf sebab lama tak update blog..Sejak kena transfer ke tempat yang lebih besar, masa sangat mencemburui saya..Sibuk sungguh sampai kadang-kadang anak-anak pun tak dapat nak diberi sepenuh perhatian..huhu..maafkan MAMA ye anak-anak..:(

Tapi, walau sesibuk manapun..saya akan cuba pastikan anak-anak sentiasa mendapat pemakanan yang terbaik..especially breakfast diorang..setiap hari saya akan pastikan anak-anak bersarapan dulu sebelum ke sekolah..

So, ibu-ibu kat luar sana pastikan anak-anak kita dapat breakfast dulu sebab mereka perlukan tenaga untuk memulakan hari yang panjang..


Alhamdulillah..baru-baru ni kedua-dua permata hati saya telah menerima hadiah atas kejayaan mereka dalam pembelajaran sepanjang tahun..walaupun saya tak de sepanjang mereka amik exam masa bulan 10 baru-baru ni tapi mereka dapat buktikan yang terbaik..hadiah yang sangat bermakna buat saya..syukur Ya Allah...:)

Ibu dengan ayah sanggup datang dari Seremban semata-mata nak pastikan cucu mereka ni dapat breakfast yang secukupnya supaya boleh buat exam dengan baik...terima kasih banyak Ibu dan Ayah..semoga Allah memberikan syurga terbaik buat kedua-duanya..Amin...

So hari ni saya nak kongsi sikit 6 jenis makanan yang baik untuk kecerdasan otak..so boleh la jugak kalau bagi kat anak-anak..

1. Walnut
Sangat baik untuk meningkatkan fungsi otak kerana mengandungi Omega-3 yang tinggi. Selain itu, Omega-3 dan kandungan zat anti-oksidan yang terdapat di dalammya dapat membantu mengurangkan keradangan otak serta mengurangkan risiko penyaki demensia dan alzheimer

2. Kafein
Untuk jangka pendek, kafein dipercayai dapat meningkatkan kemampuan dan konsentrasi otak. Kandungan kafein pada teh atau kopi dapat meningkatkan kemampuan kognitif seseorang dengan cepat. Namun, adalah dinasihatkan untuk mengambil kafein pada kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan kerana kandungan kafein yang terlalu tinggi tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

3. Buah berri
Buah berri seperti strawberi, blueberry dan rasberry sangat kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan stres seseorang. Buah berri dipercayai mampu mencegah penyaki Alzheimer. Beberapa kajian menunjukkan bahawa buah blueberry dapat meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif pada otak. Selain itu, blueberry juga membantu melambatkan proses penuaan.

4. Bayam
Bayam dan sayuran hijau lain dapat melambatkan fungsi kognitif akibat penuaan. Ini kerana kangungan folat yang tinggi dalam bayam. Kajian menunjukkan orang yang mengambil banyak sayuran umumnya mempunyai kemampuan otak yang lebih baik.

5. Ikan
Ikan terutamanya ikan salmon merupakan salah satu makanan terbaik yang mengandungi Omega-3 yang sangat penting bagi fungsi otak. Omega-3 juga bersifat anti-keradangan atau dapat mencegah keradangan (inflamasi). Omega-3 juga diketahui dapat memperlambatkan penurunan kognisi yang disebabkan oleh penuaan dan mencegah dimensia.

6. Wortel
Mempunyai kandungan luteolin yang bermanfaat dalam mengurangkan keradangan pada otak. Saintis berpendapat bahawa dengan pengurangan keradangan, luteolin dapat membantu mengurangi risiko penurunan memori akibat penuaan. Luteolin juga terkandung dalam daun saderi dan paprika.

Kalau tak dapat makan semua pun at least makan le yang mudah tu macam ikan dan sayuran..tak pun nak lebih mudah, kadang-kadang kita tak dapat nak bekalkan semua nutrient especially Omega-3 untuk anak-anak..so saya pilih Omega Guard Shaklee untuk anak-anak saya...terbaikkk...!! 

Sharing is caring..pilihlah pemakanan terbaik untuk anak anda..:)

Salam sayang..

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...