Assalamualaikum..
Tahukah anda sakit pada anggota badan kita membawa petunjuk atau petanda kepada penyakit ataupun masalah lain. Tanda-tanda sakit di badan kita memberi beberapa maksud tertentu kerana ianya mungkin berhubungkait dengan fungsi badan yang lain.
Nasihat saya, jika anda berasa sakit ataupun tak selesa di mana-mana tempat pada anggota badan, segeralah ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan lanjut..sakit tersebut mungkin memberi petunjuk kepada masalah dan penyakit yang sebenar..
Walau bagaimanapun, entri ini hanyalah secebis panduan..apa-apa pun..mencegah lebih baik daripada merawat...
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
a) Mata menjadi merah : Hati
mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita
sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering
berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi
hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan
mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi
yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan
kerongkong).
a) Selesema : Proses
pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan
(biasanya suhu badan meningkat)
b) Hidung sumbat : Paru-paru
mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan
hidung.
i) Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses
menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses
membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
c) Batuk dan berasa gatal di
kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru,
biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang
tercemar.
a) Kerongkong kering. Proses
membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan
kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti
di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang
lemah
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan
oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat
besi.
b) Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran
darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap
menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi
menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses
penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah
pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang
merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun
pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT : Berpeluh
a) Peluh masin : Badan mengandungi
lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan
menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang
tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu
banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan
serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses
gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN
KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan
terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai
(gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak
seimbang.
b. KEBAS TANGAN : Pengaliran darah
di bahagian atas badan tidak lancar.
d. KEBAS KAKI : Pengaliran darah di
bahagian bawah badan tidak lancar.
e. SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan
buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk
terlalu lama.
f. SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan
kelemahan fungsi alat kelamin.
g. RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala
tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem
pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN
KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan
banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN
BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan
penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR
DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda
pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit
migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit
lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan
tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan
tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan
kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan
buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit
batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin
dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah
penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah
penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan
proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala
kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses
menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan
luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses
menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses
melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/
LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan
mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air
untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA
SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang
lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN
BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Credit : Pn. Rusnani Omar (Universiti Malaysia Perlis)
Saya hanya berkongsi apa yang saya baca. Mungkin ada diantara kita yang mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom diatas. Jika ada, segeralah lakukan pemeriksaan agar rawatan yang sewajarnya dapat diberi segera sebelum kedaan menjadi lebih parah...
No comments:
Post a Comment