Sunday 4 May 2014

Anak Sering Demam, Ibu Susah Hati : Meal Shakes dan Vitamin C boleh membantu..

Seorang ibu pastinya tak senang duduk bila anaknya demam. Apatah lagi kalau anak tu merengek-rengek dan menangis, kemudian disertai dengan suhu badan yang makin meningkat.
  
TAHUKAH ANDA?
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan. 

Seorang bayi akan demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
  • selesema;
  • flu;
  • krup;
  • sakit tekak;
  • jangkitan telinga;
  • jangkitan salur kencing;
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.  
Beberapa tanda dan gejala yang biasa dilihat jika seseorang demam antaranya :
1. Badan panas bila disentuh
2. Pernafasan meningkat
3. Muka menjadi merah
4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
5. Gelisah
6. Tiada selera makan
7. Menggigil

Bagaimana cara mengesan anak demam? 
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan kaedah ini tepat sebanyak 75 peratus). 
  •  Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. 
  • Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. 
  • Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam.

Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). 
Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
 

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
 

Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang meronta-ronta.

 Apa yang boleh anda lakukan bila ANAK DEMAM?

1. Cuba beri anak anda minum air masak sebanyak yang mungkin. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

2. Jangan pakaikan baju tebal pada anak yang demam bagi mengelakkan suhu panas daripada terperangkap dalam tubuh. Pakaikan bayi baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam). 

3. Basahkan kain atau span bersih dengan air suam dan tekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar daripada badan. Elak menggunakan ais atau air sejuk kerana ianya boleh menyebabkan anak anda menggigil kesejukan.

4. Pastikan suasana bilik anak sejuk dan hanya gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

Credit to : babycenter.com.
   
Apakah supplemen Shaklee yang sesuai untuk anak yang sering demam?

1. Chewable Vitamin C
-untuk kuatkan sistem keimunan kanak-kanak
-membantu hingus atau selsema kering dengan cepat

2. Meal Shakes 
-multivitamin yang memenuhi keperluan vitamin harian kanak-kanak
-meningkatkan sistem keimunan badan kanak-kanak agar sukar diserang penyakit terutama demam, batuk dan selesema.

Jom baca testimoni yang dikongsikan oleh Puan Azzura:


Saya pasti ramai ibu-ibu kat luar sana pun nak anak anda sentiasa sihat dan cergas...Buatlah pilihan bijak untuk permata hati anda..:)

Hubungi saya,

Intan Shariza

PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...