Sunday, 16 March 2014

LECITHIN SHAKLEE - BUKAN SEKADAR KURUSKAN BADAN, KETAHUI KHASIAT DAN KELEBIHANNYA


Assalamualaikum..

Maafkan saya, terlalu sibuk hingga tak berkesempatan nak update blog. Tapi insya allah..saya akan cuba melapangkan masa untuk meng'update' blog kesayanagn saya ni, berkongsi cerita dan pengalaman saya bersama Shaklee..:)

Semalam saya ke Shaklee Penang memborong ESP (maklumlah tengah offer) dan apa yang saya perasan, stok Lecithin tak pernah putus sebab permintaan memang menggalakkan. Alhamdulillah.. terbukti keberkesanannya..so hari saya nak update lagi pasal Lecithin Shaklee yang menjadi kegemaran ramai..:)

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yang lain. Lecithin juga digelar “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak, secara ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. 

Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat daripada Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi apa yang anda perlu tahu, Lecithin bukan sekadar kuruskan badan ye! Banyak lagi faedahnya..

FAEDAH LECITHIN
  • Membersih dan melicin saluran darah (sebab itu lecithin ni lebih popular dalam set pengurusan berat badan)
  • Sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah yang power! (sebab ini juga, setiap set kurus ada lecithin)
  • Mengawal penggumpalan platlet darah.
  • Menggalakkan metabolisma lemak.
  • Mencairkan lemak – menurunkan paras kolesterol.
  • Mengelakkan nyanyuk / penyakit alzhimer
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). 
  • Lecithin juga dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  • Mencergas dan mencerdaskan otak, bagus untuk kanak-kanak juga. Lecithin ada dalam set perkembangan IQ dan kecerdasan kanak-kanak
  • Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK. 
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan.
  • Tanpa Lecithin yang mencukupi,membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides dan sebagainya. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yang bijak.
  • Mengawal kehilangan air oleh kulit.
  • Menjaga kesihatan membran sel.
  • Menjaga kesihatan saraf.
  • Penting dalam penghasilan hormon.
  • Untuk rambut yang sihat dan berkilat
  • Mencantikkan otot dan kulit

SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN
  • Soya
  • Telur
Lecithin Shaklee dibuat daripada soya.


SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN??
  • Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
  • Pesakit diabetes dan buah pinggang.
  • Penderita stroke.
  • Mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi dalam darah.
  • Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout
  • Mereka yang sukar tidur

KESAN KEKURANGAN LECITHIN
  • keguguran rambut
  • Tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama kanak-kanak atau anda yang sedang belajar
  • Sering sakit dan mengalami keradangan.

Perbezaan Lecithin Shakleee

Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
 
Hubungi saya
Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : drintanperlis@gmail.com
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...