Wednesday 7 May 2014

5 FUNGSI KALSIUM YANG ANDA TIDAK TAHU

TAHUKAH ANDA?
- 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang
- 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.

Bila sebut je kalsium, automatik kita akan terfikir; kalsium untuk tulang dan gigi.
Tapi yang sebenarnya FUNGSI KALSIUM LEBIH DARI ITU.

Fungsi Kalsium yang semua orang tahu,

i) Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
ii) Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh bagi memastikan kita boleh berdiri tegak.
iii) Jika kurang kalsium, tulang kita akan ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.
  
Fungsi Kalsium yang ramai orang tidak tahu

1) Kesuburan. 

Kajian mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. 

Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak...Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami :)

2) Membantu fungsi otot dan jaringan saraf. 

Menurut sumber, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu? Kalau sistem saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. 

Sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf. 1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.

3) Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. 

Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Kenapa wanita mengandung sering mengalami rasa kejang kaki (cramp)? Ini berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat ini dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. 

Teringat seorang teman saya, tiba-tiba beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan.

4) Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada sistem imun. 

Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh sistem imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. 

Kekurangan kalsium menyebabkan sistem pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

5) Melancarkan sistem jantung dan aliran darah.

Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. 

Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.

            ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Gejala-gejala seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi patah dan rosak tetapi kalau sistem saraf tidak berfungsi, apalagi yang kita boleh lakukan. 

Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegahlah sebelum menjadi lebih parah.

Nak dapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma??

Hubungi saya,

Intan Shariza

PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u

·       

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...