Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan
yang sesuai? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat
badan yang sesuai.
Untuk Perempuan:
~ Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5
kaki adalah 100 paun.
~ Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun.
~ Jika anda
lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.
Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar.
Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar.
~ Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran
6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana.
~ Jesteru berat badan yang dikira tadi
tidak perlu diubah.
~ Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci,
tolak 10% dari berat yang dikira tadi.
~ Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada
berat badan yang dikira.
Untuk Lelaki:
Untuk Lelaki:
~ Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki
adalah 106 paun.
~ Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun.
~ Untuk
menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil,sederhana atau
besar, ukur lilit pergelangan tangan anda.
~ Jika ia berukuran 7 inci, anda
mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang
telah dikira.
~ Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak
10% dari berat yang dikira tadi.
~ Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat
badan yang dikira.
Contoh:
Contoh:
Jika tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih
7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6)) x 1.1 =
170 paun (77 kg).
Jadi, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda.Satu dari
rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang
sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah
senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.
Credit : infosihat.com
Credit : infosihat.com
No comments:
Post a Comment