Wednesday, 22 January 2014

Sanggupkah anda makan sekati bayam untuk dapatkan khasiatnya?

"Pakar-pakar pemakanan mencadangkan pengambilan makanan yang sihat. Adakah supplemen masih lagi diperlukan, jika saya sudah mengambil makanan yang sihat dan seimbang?" Prof Dr. Muhaya Hj Mohamad

          ------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua..

Ha..mesti kita semua pun terfikir kan..perlu ke kita amik supplemen sedangkan kita dah amalkan pemakanan sihat..?? Tu saya petik kata2 Pakar Lasik dan Pakar Motivasi Prof Dr. Muhaya Hj Mohamad tentang kebaikan makan supplemen daripada buku beliau..

Sapa pernah baca buku Bahagia & Membahagiakan..karya Prof Dr. Muhaya Hj.Mohammad..??Sapa2 yang belum pernah baca ataupun memiliki buku ni..elok la try2 baca..memang menarik..sangat informatif dan mengajak kita berfikir kearah satu sudut yang lebih positif..:)

So..apa kata Prof Muhaya tentang makanan tambahan ni..jom saya ringkaskan..

  • Dahulu Prof tak percaya fungsi Vitamin daripada supplemen hinggalah beliau menyedari bahawa tubuh badan perlu kadar nutrisi tertentu supaya kekal sihat 
  • Zaman dahulu, tumbuhan 'top soil sangat tinggi kandungan nutrisi sebab apa jua nutrisi dalam tanah akan diserap oleh tumbuhan dan dimakan oleh manusia. Namun, perubahan zaman moden membuatkan kadar nutrisi per gram dalam tumbuhan semakin kurang
  • Penulis buku Think About Nutrition Medicine your Doctor be not Telling-Killing you by the race strength mengatakan kita memerlukan sejumlah micro ataupun elemen tertentu. Andai kata kita memerlukan sejumlah vitamin daripada sayur bayam, maka kita perlu makan setengah kati bayam untuk mendapatkan kadar vitamin yang diperlukan. Sanggupkah kita makan bayam sebanyak tu.??
  • Jadi, supplemen hari ini telah membekalkan sejumlah nutrisi dalam bentuk kapsul , tablet dan sebagainya sebagai makanan tambahan yang dimakan dalam kuantiti sedikit, tetapi menepati keberkesanan dan kadar nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita.
  • Jika kita makan makanan seimbang tanpa supplemen  tambahan, keberkesanan melalui nutrisinya adalah rendah kerana pencemaran yang berleluasa sekarang menyebabkan banyak kandungan nutrisi dalam makanan hilang seperti bahan anti-oksida.
  • Kita perlukan bahan anti-oksida sebagai 'mop' bagi membuang bahan 'free radical' yang beracun. Setiap kali tubuh menghasilkan metabolisme, ia akan membebaskan 'free radical' dan akan merosakkan gen jika dibebaskan dalam jumlah yang banyak, malah menyebabkan kanser dan penyakit kronik lain.
  • Perokok berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan mata kerana bayak bahan 'free radical' dalam rokok yang boleh merosakkan sel retina. 
  • Penting untuk dapatkan vitamin yang mencegah bahan 'free radical'
  • Kita memerlukan 5000 ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau bahan penyerap radikal. Bahan ini banyak dalam ulam, bayam dan bahan tumbuhan asli yang tidak di proses. 
  • Sebab itu, supplemen yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan asli yang tidak diproses lebih baik kualiti dan keberkesanan nutrisinya daripada sayur.
  • Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan supplemen supaya dapat membekalkan kadar nutrisi yang cukup dengan keperluan tubuh badan kita.



7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPPLEMEN

1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperoleh daripada makanan. Contohnya vitamin C dan vitamin E yang diperoleh daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan anti-penuaan.

2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras, dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh

5) Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6) Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan Monosodium Glutamat (MSG) serta bahan perasa lain.

7) Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititik beratkan.

Jom kekal sihat dan bertenaga..Allah memberi rezki untuk kita manfaatkan ke jalan yang baik..kalau duit bayak tapi tak sihat pun tak de maknanya..HARGAI NIKMAT SIHAT...

Hubungi saya..

Dr. Intan
SID 953464
sms/whatsapp : 013-3975951
email: drintanperlis@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...