Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Energizing Soy Protein Shaklee : Khasiat dan Faedah

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi lagi tentang kebaikan dan khasiat ESP. Jom baca..:)
Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Ianya dibuat daripada protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. 

Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah daripada 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai 'energy booster' atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya, bak bateri Energizer.

Dalam Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee terdapat 22 jenis asid amino dan ESP juga adalah produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda.

Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 kali ganda daripada daging, 4 kali lebih daripada telur dan 12 kali lebih daripada susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan. Ia juga adalah makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.

Berikut adalah khasiat dan faedah ESP yang terpenting:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50 000 jenis protein, 20000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.

Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif dengan ESP. Kesan positif seperti susu badan bertambah, alahan semakin berkurang juga dirasai oleh penggemar ESP. Jika teragak-agak mahu mulakan rutin pengambilan makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya.
 
Banyak testimoni mereka yang berpuas hati dengan ESP ni. Jom baca..:) 




Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan badan yang berpanjangan. Bukankah 'prevention is better than cure'.  

Nak dapatkan ESP pada harga istimewa?

Hubungi saya,


Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951

Friday, 14 February 2014

Kenapa Ibu Menyusu pun Perlu Ambil Multivitamin VITA-LEA dan bukan hanya ALFALFA sahaja??

"Saya breasfeed Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan B complex supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan..." Pn. Norita

              --------------------------------------------------------------------------------------- 
Salam semua..:)
Semua sedia maklum, salah satu khasiat Alfafa Complex dalam Set 3M ialah sebagai Milk Booster. So kebanyakan ibu menyusu gemar mengambil Set Bajet Menyusu dengan harapan dapat menyusukan bayi mereka secara ekslusif.
Persolannya di sini..boleh tak kalau ibu menyusukan nak ambil Alfalfa sahaja?

Sebenarnya, persoalan
ini timbul kerana pemahaman yang tidak jelas kenapa perlu ambil sampai 6 vitamin untuk penyusuan padahal Milk Booster hanya Alfalfa sahaja.

Ok la..dimudahkan citer, ibarat sebuah kereta..kalau nak gerakkannya, cuma isi petrol atau diesel sahaja. Tak tukar minyak hitam, tak letak minyak pelincir, tak servis tayar, tak tukar minyak stering dan sebagainya la..dalam kata lain..tak servis la..kereta tu still boleh jalan, walaupun dengan tayar botak..still boleh jalan jugak. Tapi lama-lama nanti, agak-agaknya apa jadi kat kete tu ? Tentu la cepat rosak..atau pun jadi macam-macam masalah kan..


Walaupun dalam Set Penyusuan 3M, ada macam-macam vitamin, tapi untuk entri kali ni saya nak fokus lebih kepada Vita-Lea...kenapa..?? sebab Vita-Lea ni ialah multivitamin yang terbaik daripada Shaklee tau..:)

Ni rupanya Multivitamin Vita-Lea..ada 120 biji sebotol dan boleh tahan sampai 4 bulan. Memang jimat dan berbaloi-baloi.
Apa yang HEBAT SANGAT dengan VITA-LEA ni?

Vita-Lea? Iron Formula - Multivitamin & Multimineral yang HEBAT

1) Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.
 

2) Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
 

3) Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.
 

4) Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang.
 

5) Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh 7 KAJIAN KLINIKAL serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Apabila Vita-Lea diamalkan setiap hari, anda akan dapat :-

1) Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
2) Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
3) Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
4) Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
   

Perbezaan Vita-Lea (multivitamin) Shaklee dengan multivitamin lain di pasaran  

1) Kemajuan Saintifik
- Disokong oleh 7 KAJIAN KLINIKAL.

2) Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
- Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

3) Kualiti yang luar biasa
- Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.


Setiap 1 biji Vita-Lea mengandungi :-
 
1) Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.
 
2) Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
 
3) Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi.
 
4) Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot.
 
5) Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang.
 
6) Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.
 
7) Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak.
 
8) Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet.
 

Jom kita baca Testimoni Puan Norita tentang Vita-Lea

Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nanas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nanas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus dielakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nanas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi  beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.

Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan Vita-Lea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab   saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak. Saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
 

Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan Vita-Lea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan Vita-Lea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada.

Ditambah saya breasfeed Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan B complex supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susu ibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. 


Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif, berat tidak menjadi masalah. 

Walau bagaimanapun sebagai ibu, kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan Vita-Lea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puas hati la. Malah ramai ibu-ibu yang mengandung yang adalah masalah HB rendah, selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puas hati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling diminati ramai.
              ------------------------------------------------------------------------------------ 

Berminat untuk mendapatkan Vita-Lea atau pun mana-mana pembelian produk Shaklee?


Hubungi saya,

Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951

Monday, 20 January 2014

Kekal bertenaga walaupun menyusukan baby..:)

"...pengambilan ESP & Alfafa boleh bantu generate susu & tenaga.. baby pun susah nak dapat jangkitan even hantar kat taska. (Alhamdulillah setakat ni sara tak berjangkit selsema from kawan2 lagi) huhu.. this is my own testimoni.." Pn. Khairul

              --------------------------------------------------------------------------
Salam semua..
Ada orang tanya saya..macam mana saya boleh kekal bertenaga sampai malam..hihi..  jawapan saya mudah je..saya minum ESP dan ambik supplemen secara berterusan..:) 

Hari ni saya nak share lagi testimoni kebaikan ESP dan Alfafa untuk ibu2 menyusukan especially dan untuk ibu2 bekerjaya yang sibuk macam saya..mula2 saya nak share pengalaman saya sendiri..pastu adik saya pulak ek..:)

Saya bukan macam kebanyakan orang lain yang start makan Shaklee sebab mengandung dan nak menyusukan anak..jauh sekali la nak kuruskan badan..hihi..daya ni beza skit..sebab dah 8 tahun stop mengandung selepas anak bongsu saya Ilham yang dah darjah 2 pun tahun ni..

Saturday, 11 January 2014

TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE

"Masa berpantang saya ambik ESP + trial pack pantang + Vit E..alhamdulillah badan rasa segar & cergas walaupun tido tak cukup..." Pn. Amirah

                    --------------------------------------------------------------------
Hai semua...masa berpantang adalah saat yang kritikal bagi seorang perempuan..kenapa saya kata macam tu..??sebab masa berpantang ni la macam2 perkara boleh jadi...sebab tu la orang tua2 dulu memang cerewet sungguh kalau time berpantang ni..

Setiap orang mungkin berbeza cara diorang berpantang..tapi basicnye sama je..kena bertungku..kena mengurut..kena jaga makan..bukan main hentam je makan ikut selera...hihi..:) Memang la tak de masalah..tapi kesannye..'bila umur dah meningkat nanti baru la kita rasa sakit2'..bak kata nenek mertua saya..sebab tu la tok sihat...umur 60 lebih pun still kuat lagi..caya la tok...:)

So..apa yang kita makan masa berpantang..boleh mempengaruhi kesihatan badan kita...kalau kita nak breastfeeding anak kita..tentu la kita kena makan makanan yang berkhasiat dan boleh boost susu secara amnya..memang la susu ibu tu natural..tapi kalau kita tak makan..mana nak ada susu kan..hihi..

Jom tengok beberapa kompilasi testimoni ibu2 yang prihatin dan komited dengan breastfeeding...bertuah betul anak2 diorang ni..:)






 So..amacam..ibu2 yang breastfeed kat luar sana..?? Tak terpengaruh ke..??Jom breastfeed anak2 kita..dan eratkan lagi hubungan kasih sayang tu....antara faedah breastfeeding ni..badan boleh jadi langsing ooo...

Hubungi saya..

Dr. Intan
SID 953464
sms/whatsapp : 013-3975951
email : drintanperlis@gmail.com

Tuesday, 17 December 2013

Set BREASTFEEDING

SHAKLEE menawarkan 5 jenis set penyusuan


1. Set B
-set penyusuan asas yang terdiri daripada Vitalea (multivitamin dengan iron), B complex, Vitamin C dan Alfafa
-set ini sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan dan sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah eczema.
-sangat sesuai untuk ibu yang mempuyai masalah sembelit dan keputihan
-Alfafa menggalakkan penghasilan susu ibu dengan cepat

2. Set EU FOR PACK
-set penyusuan ini mengandungi Vitalea, B complex, Vitamin C dan Kalsium
-sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan)
-sesuai untuk ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid
-sesuai untuk ibu yang mengalami masalah sakit belakang dan kerapuhan gigi
-sesuai untuk ibu yang tidak minum susu kerana Ostematrix dapat membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu
- membantu ibu lebih bertenaga dan cergas walaupun kurang tidur

3. Set E
-set ini terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Kalsium dan Alfafa
-sesuai untuk ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid
-sesuai untuk ibu yang tidak minum susu kerana Ostematrix dapat membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu
-Alfafa sangat membantu dalam penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
-memberi kesan yang cepat kerana Alfafa dan kalsium ialah milkbooster

4. Set 3M
-set ini merupakan set milkbooster yang paling lengkap. Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfafa dan ESP.
-sangat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Set ini dapat mengatasi masalah penghasilan susu walaupun ibu telah melakukan perahan setiap 2 jam dan meminum air sekurang-kurangnya 3L sehari dengan membantu membaiki kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh ibu dapat berfungsi dengan baik.
-sesuai untuk ibu yang baru mula menyimpan stok
-sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation - contohnya ibu yang telah berhenti menyusukan anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk mengepam dengan kerap bagi stimulasi susu,

Hubungi saya untuk konsultasi produk dan maklumat lanjut..

Dr. Intan
SID 953464
sms / whatsapp : 013-3975951
e-mail : drintanperlis@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...