Kehamilan ialah satu fasa yang sangat penting bagi
seorang wanita. Pada saat ini, penting bagi seorang wanita hamil untuk menjaga
kesihatan, pemakanan, fizikal, emosi dan spiritual dengan baik. Segala tindakan
dan perilaku ibu semasa hamil sangat mempengaruhi anak yang bakal lahir kelak.
Salah satu nutrien yang sangat penting semasa kehamilan
ialah asid folik. Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B.
Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau,
beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan
seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan
anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti
spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid
folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan
mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan
makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi
anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut
adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan;
- asparagus, setengah cawan;
- lentil, setengah cawan;
- hati, 1 keping;
- 11 batang taugeh brussels;
- kacang mata hitam, 4 sudu makan;
- emping bran, 7 sudu makan;
- germa gandum, 25g / 1 aun;
- betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram
folat bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk;
- buah oren saiz besar;
- nasi putih, setengah cawan;
- oat, setengah cawan;
- kacang merah, setengah cawan;
- jagung saiz besar, 1;
- biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur
rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi
masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan
sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang
mikro ataupun mentah.
Credit : babycenter.com
Kadang-kadang semasa hamil, terutama pada peringkat
awal kehamilan, kita selalunya mengalami alahan yang teruk. Disinilah
pentingnya pengambilan supplemen untuk membantu keperluan nutrisi ibu semasa
kehamilan.
Rangkaian vitamin Shaklee sangat sesuai dan lengkap
untuk ibu hamil sejak dari merancang kehamilan hinggalah kepada fasa penyusuan
bayi. Oleh itu, bagi wanita hamil diluar sana yang mengalami alahan teruk dan
sukar mengambil nutrisi secukupnya untuk ibu dan bayi, maka wajarlah anda
mencuba Set Kehamilan Shaklee.
Jangan berlengah lagi. Ibu yang sihat bakal melahirkan
zuriat yang sempurna. Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee?
Hubungi saya,
Dr. Intan (ID 953464)
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : drintanperlis@gmail.com
No comments:
Post a Comment