Seorang ibu pastinya tak senang duduk bila anaknya demam. Apatah lagi kalau anak tu merengek-rengek dan menangis, kemudian disertai dengan suhu badan yang makin meningkat.
TAHUKAH ANDA?
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.
Seorang bayi akan demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak
jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
- selesema;
- flu;
- krup;
- sakit tekak;
- jangkitan telinga;
- jangkitan salur kencing;
- masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
- virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
Beberapa tanda dan gejala yang biasa dilihat jika seseorang demam antaranya :
1. Badan panas bila disentuh
2. Pernafasan meningkat
3. Muka menjadi merah
4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
5. Gelisah
6. Tiada selera makan
7. Menggigil
Bagaimana cara mengesan anak demam?
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan kaedah ini tepat sebanyak 75 peratus).
1. Badan panas bila disentuh
2. Pernafasan meningkat
3. Muka menjadi merah
4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
5. Gelisah
6. Tiada selera makan
7. Menggigil
Bagaimana cara mengesan anak demam?
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan kaedah ini tepat sebanyak 75 peratus).
- Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat.
- Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun.
- Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam.
No comments:
Post a Comment