TAHUKAH ANDA?
- 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang
- 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.
Bila sebut je kalsium, automatik kita akan terfikir; kalsium untuk tulang dan gigi.
Tapi yang sebenarnya FUNGSI KALSIUM LEBIH DARI ITU.
Fungsi Kalsium yang semua orang tahu,
i) Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
ii) Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh bagi memastikan kita boleh berdiri tegak.
iii) Jika kurang kalsium, tulang kita akan ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.
Fungsi Kalsium yang ramai orang tidak tahu
1) Kesuburan.
Kajian mendapati di hujung sperma
terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding
telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya
tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium.
Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak...Mungkin perlu
tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami :)
2) Membantu fungsi otot dan jaringan saraf.
Menurut sumber, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk
difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng
kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu? Kalau sistem saraf
kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh.
Sesiapa yang pernah
mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu betapa
beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf.
1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar
impaknya pada tubuh manusia.
3) Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut.
Orang
yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang
dan berkontraksi. Kenapa wanita mengandung sering
mengalami rasa kejang kaki (cramp)? Ini berlaku
apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses
penghantaran maklumat ini dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium
membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan
maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya,
badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling
ringan ialah, kekejangan otot.
Teringat seorang teman saya, tiba-tiba beliau
tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa
yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan
kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan.
4) Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada sistem imun.
Kedatangan
virus dan kuman akan dimusnahkan oleh sistem imun kita. Namun, sebelum
tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan
membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman
tersebut.
Kekurangan kalsium menyebabkan sistem pertahanan badan kita
tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan
kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya
lagi.
5) Melancarkan sistem jantung dan aliran darah.
Jantung
adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima
arahan daripada kalsium. Kalsium mengaktifkan sejenis protein
yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila
kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan
kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah.
Masalahnya kalsium
dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia
mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur
darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah
masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya
membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat
digerakkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Gejala-gejala
seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul
apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak
sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi
patah dan rosak tetapi kalau sistem saraf tidak berfungsi, apalagi yang
kita boleh lakukan.
Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang
cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan
kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah
itu lebih baik dari merawat. Cegahlah sebelum menjadi lebih
parah.
Nak dapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma??
Hubungi saya,
Intan Shariza
PM Admin Intan Shariza di Facebook
SMS/Whatsapp : 013-3975951
Email : shakeshaklee702@gmail.com
FANPAGE : Vitacare 4u
No comments:
Post a Comment