Tuesday, 23 February 2016

Sihat Dihargai..Sakit Dihindari..

......"Eh..takkan doktor pun sakit??" "Aik..doktor pun demam ke..?"


Assalamualaikum...

Ayat yang sangat klise daripada masyarakat kepada seorang doktor kan....come on guys..doktor pun manusia biasa..bukannya malaikat yang tak sakit..tak tido..dan tak makan...doktor cuma seorang perawat..atau kata lain sebagai medium yang diutuskan oleh Allah sebagai usaha penyembuhan sakit..namun...kuasa menyembuh semuanya atas izin Allah.. 

So, try buka hati dan minda untuk menerima bahawa seorang doktor pun manusia biasa yang sama macam kita...cuma bezanya, mereka ada ilmu perubatan yang boleh dijadikan rujukan dan usaha untuk mengubati penyakit...Penyakit dan kuasa menyembuh semuanya datang daripada Allah..siapa yang dipilihnya..maka redhalah..hadapi kesakitan  dan penyakit itu dengan penuh sabar...janji Allah lebih hebat..wallahua'alam...

Apapun....mencegah lebih baik daripada merawat..hargai kesihatan yang Allah beri sebelum datangnya sakit...Jangan lupa lima perkara yang perlu dibuat..sebelum lima perkara....

''Sihat sebelum sakit...'
'Muda sebelum tua..'
'Kaya sebelum miskin..'
'Lapang sebelum sempit..'
'Hidup sebelum mati..'

Jom sihat bersama Shaklee..:)
 
Sharing is Caring :)

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com

FANPAGE : Vitacare 4u
 

Sunday, 29 November 2015

MAJLIS PERSADA INOVASI 2015 - Satu Kenangan Terindah

Assalamualaikum..

Majlis Anugerah Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 baru je melabuhkan tirai Khamis (27 November 2015) yang lepas.. Walaupun kumpulan kami gagal membawa pulang sebarang buah tangan, namun banyak kenangan manis dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya telah kami peroleh.

Semua kumpulan pun hebat because 'they are the best among the best..' Apa yang saya pelajari ialah..

'Innovation is more about learning from failure.. failure is not the final destination...'

Jangan berhenti berinovasi ya..:)
PADU PERLIS 2015

No-Bake Chocolate Biscuit Cake Recipe



Petang-petang ni share resepi ni sedap gak...:) Ni la kek batik kalau kat Malaysia..yummy...
Jom try..:)
 

Monday, 19 October 2015

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Assalamualaikum.. 

Tahukah anda bagaimana mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) Anda?

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi : 

Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)

                          BMI = Berat (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)
          
Contoh : Jika berat badan anda 56 kg dan ketinggian anda 1.55 m. Mula-mula, kalikan 1.55 dengan 1.55 bersamaan 2.4025. Kemudian bahagikan 56 dengan 2.4025 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 23.31 Mari lihat carta BMI di bawah. 

Sekiranya BMI anda :


* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan ke atas, anda adalah obesiti

Sunday, 1 February 2015

6 Petua Melegakan Kejang Kaki Semasa Mengandung

Assalamualaikum semua..

Masalah kejang kaki masa mengandung memang perkara biasa terutama bila kandungan dah makin besar... kebiasaannya masa trimester ketiga la..ada jugak ibu hamil yang jadi awal lagi..kenapa masalah ni berlaku??

Apabila kandungan dah makin besar, ini menyebabkan salur darah tertekan. So, darah akan sukar mengalir ke atas (iaitu dari kaki ke jantung) dan bila pengaliran darah makin sukar sebab tu la kaki jadi kejang.

So, bakal ibu kat luar sana...camna nak buat untuk melega dan mengurangkan masalah kejang kaki ni??..huhu..seksa tau bila perut dah makin besar..kaki pulak asyik kejang je..

Mungkin 6 Petua atau Cara yang saya kongsikan kat sini boleh membantu bakal ibu..

1.  Lakukan senaman seperti berjalan kaki (tapi bukan berlari atau joging tau...kang terberanak plak..hihi). Ini adalah untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.

2.  Letakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.

3. Pakailah stoking khas (pressure graded stockings)...ni boleh pegi beli kat farmasi.. macam-macam jenis ada..

4. Rajin-rajin la mintak suami tersayang urutkan kaki kita untuk membantu melancarkan pengaliran darah..selain tu, dapat mengeratkan lagi kasih sayang jugak tau..:)

5.  Rendam kaki dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala yang suam. Cara ni jugak baik untuk pengaliran darah di kaki.

6.  Ambil la suplemen kalsium yang mencukupi masa kehamilan..pengambilan kalsium yang konsisten secara tidak langsung dapat membantu mencegah kekejangan masa mengandung.. 

Sharing is Caring :)

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com

FANPAGE : Vitacare 4u

Saturday, 29 November 2014

12 Manfaat Garlic Complex Shaklee yang Anda Perlu Tahu

Apa yang membezakan Garlic Complex Shaklee dengan Garlic yang lain?

Garlic bila dibuang kulitnya ia tidak mengeluarkan bau, tapi bila sahaja ianya dipecahkan atau dipotong reaksi antara Allin dan Allinese (enzim) akan mengeluarkan ALLICIN yang mengeluarkan baunya.

Garlic Complex Shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet Garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic, dimana perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Manfaat Utama Garlic Shaklee adalah:

> Antibiotik yang selamat dan semulajadi - ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

> Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yamg sensitif, sinus, alergi, asma, selsema, hepatitis.

> Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.

> Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

> Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa, plumbum dan kadmium iaitu logam toksik dari tubuh dengan pantas.

> Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

> Mencegah Kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.

> Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.

> Arthritis - bantu mengurangkan bengkak-bengkak pada sendi serta sakit berkaitan akibat bengkak-bengkak tersebut.

> Sejuk-sejuk pada kaki dan tangan (Cold hands and feets)

> Garlic Complex Shaklee dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California di waktu musim panas.

Sharing is Caring :)

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com

FANPAGE : Vitacare 4u

Bawang Putih - Antibiotik Semula jadi?

Garlic and its medicinal properties
Benarkah bawang putih dikatakan boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi? Pada kurun ke-19, Louis Pasteur iaitu seorang Ahli Kimia dan Mikriobiologi dari Perancis telah mengkaji potensi jus bawang putih mentah sebagai agen antibakteria dan beliau telah mendapati bahawa bawang putih mamapu untuk membunuh bakteria sebagaimana tindakan oleh antibiotik penisilin.

Berikutan itu, bawang putih telah digunakan secara meluas sebagai agen antibakteria untuk menyahkuman dan menyembuhkan luka akibat peperangan semasa Perang Dunia Kedua. Sejak itu, beberapa hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan telah menyokong tindakan serta potensi bawang putih sebagai agen antibakteria dan antivirus. Kajian menunjukkan bawang putih mampu mengawal jangkitan bakteria dan virus dengan menyembuh dan menghalang jangkitan yang disebabkan oleh Mikrob serta Cacing.

Oleh kerana sifat penyembuhan yang ditunjukkan oleh bawang putih beikutan daripada aktiviti antibakteria dan antivirusnya, herba tradisional ini juga digunakan untuk merawat beberapa jangkitan yang sukar dirawat akibat kehadiran bakteria yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik lain. Namun, lebih banyak kajian lagi perlu dijalankan untuk memastikan bawang putih benar-benar berkesan sebagai antibiotik.

Sharing is Caring :)

Intan Shariza Zainudin
PM Admin Intan Shariza di Facebook
sms/whatsapp : 013-3975951
email : shakeshaklee702@gmail.com

FANPAGE : Vitacare 4u

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...